TONY PUA ENGGAN ULAS PENDEDAHAN AMRAN

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua melarikan diri daripada mengulas berhubung dakwaan parti itu menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang untuk meracuni pemikiran rakyat.

Ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Taman Indah, Karak dekat sini, malam ini, Pua enggan memberikan respon dan terus bergegas menaiki kenderaannya.

“Tak payah la, tak payah,” katanya ringkas .

Semalam, ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan parti sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat.

Amran yang masih bekerja dalam Biro Publisiti DAP yang diketuai Pua itu berkata, beliau berasa terpanggil untuk mendedahkan segala salah laku DAP supaya masa depan negara tidak tergadai di tangan parti yang menang atas sebab sedemikian. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana