Rakaman CCTV bukti Dr Streram tidak datang ambil pas

REMBAU: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membuktikan calon PKR, Dr S Streram, yang tidak dapat menghantar borang penamaan pada Sabtu lalu kerana tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak datang mengambil dokumen terbabit.

Ketua Pemuda Umno yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tindakan calon bagi kerusi DUN Rantau itu, mendakwa cuba mendapatkan pas berkenaan tetapi tidak dapat, adalah tidak benar.

"Itu adalah tuduhan palsu. Dia (Dr Streram) memaklumkan pergi meminta pas itu tetapi tidak dapat. Bagaimanapun rakaman CCTV membuktikan dia tidak pergi pun minta pas itu," katanya dalam satu mesej video di Facebook, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, penyandang DUN Rantau, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, secara rasmi diumumkan menang tanpa bertanding apabila Dr Streram gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau, di sini.

Berikutan itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menuduh Khairy Jamaluddin bersekongkol dengan Mohamad atas tindakan SPR yang menghalang Dr Streram memasuki pusat berkenaan kerana tiada pas SPR.

Khairy Jamaluddin berkata, kesal dengan tohmahan Rafizi itu, beliau sudah mengarahkan peguam memulakan tindakan selanjutnya selepas tempoh yang diberikan supaya Rafizi menarik balik tuduhan jahat itu tidak diendahkan.

Katanya, kenyataan Rafizi itu adalah tuduhan besar dan dia yakin insiden itu adalah pencetus kepada gelombang fitnah pembangkang dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tersebar fitnah kononnya ada seramai 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengundi Barisan Nasional (BN), namun hingga kini tiada bukti langsung.

"Jelas pembangkang buat tuduhan itu untuk mengelirukan rakyat dan pengundi. Malah kes di Rantau ini, adalah cetusan pertama untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

"Sudahlah Rafizi, saya akan jumpa saudara di mahkamah. Saya nak hentikan budaya fitnah yang saudara sangat gemari," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana