PPBM Kubang Pasu Hampir Lumpuh, Pemimpin dan Ahli Isytihar Keluar Parti

KUBANG PASU – Seramai 437 ahli PPBM yang digantung pendaftaran hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta selepas kecewa dengan sikap Pengerusi gabungan pembangkang PKR, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melampaui batas dan penuh sifat dendam.

Wakil kumpulan itu yang juga Timbalan Ketua Penerangan PPBM Kubang Pasu, Ab. Manaff Kechik berkata, tindakan meletakkan jawatan itu dilakukan secara rela hati tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya dengan rela hati menarik diri sebagai pencadang kepada calon PKR Parlimen Kubang Pasu, Datuk lr. Amiruddin Hamzah dan tindakan ini dilakukan secara rela hati,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Samsudin Ahmad, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya kecewa dengan perjuangan Dr. Mahathir yang melampau batas dalam politik serta boleh menjejaskan orang Melayu dan Islam.

“Perjuangan Mahathir sudah melampaui batas, bersifat peribadi dan dendam yang boleh menghancurkan perpaduan orang Melayu dan orang Islam di negara ini.

“Kami rasa sangat kecewa dan mengisytiharkan keluar parti dan akan menyokong Barisan Nasional serta memastikan kemenangan calon BN di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pada itu, Ab. Manaf memberitahu, pihaknya akan membukti kesetiaan kepada UMNO dengan melakukan kempen dan berceramah atas pentas Barisan Nasional hingga tamat tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14. – UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana