Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menasihatkan peminatnya di seluruh negara supaya mengekalkan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah banyak melakukan perubahan lebih sembilan tahun lalu termasuk menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan.

Sehubungan itu, katanya, pengundi diminta tidak mempertaruhkan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang yang nyata hanya memperjuangkan kepentingan diri, berbanding nasib rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.

"Apabila sudah dapat (kuasa) kelak, nasib kita diabaikan kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri.

"Lihat saja 'kapal' mereka yang mempunyai empat nakhoda dan ia menggambarkan betapa sukarnya untuk mentadbir dengan baik sedangkan masing-masing mahu duduk ditampuk pemerintahan," katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan persembahan sempena program Anak Muda Melaka Fest di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka malam tadi.

Pada majlis itu, Jamal yang ditemani isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin turut memotong kek sempena hari jadinya ke-59.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; calon BN Parlimen Tangga Batu, Datuk Zali Mat Yasin dan Pengarah Logistik BN negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Sementara itu, Jamal meminta rakan artis supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tersiar di laman sosial sehingga sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, tindakan itu dianggap tidak adil kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap pelbagai masalah yang dihadapi golongan artis.

"Golongan artis banyak menerima bantuan dan ia sudah pasti akan diteruskan oleh kerajaan BN jika diberi mandat pada PRU-14 ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana