ENGGAN BERI DUIT KEPADA PKR PUNCA DIPECAT MB – KHALID

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan punca utama beliau disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor disebabkan enggan ‘melayan’ sikap tamak pemimpin utama PKR.

Beliau mendakwa ketegangan antara dirinya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin PKR lain mula memuncak selepas tidak mengikut telunjuk mereka supaya menyalurkan duit Kerajaan Selangor kepada parti itu.

“Ini duit kerajaan negeri. Kalau duit kerajaan negeri maknanya duit ini juga milik rakyat. Anwar minta saya beri duit kerajaan negeri kepada PKR.

“Mana boleh guna duit rakyat bagi kepentingan individu tertentu. Ke mana letaknya ketelusan kita yang diamanahkan rakyat.

“Anwar dan PKR marah dengan pendirian saya yang akhirnya saya terus ditekan sehingga melepaskan jawatan Menteri Besar,” katanya ketika berucap pada program bersama rakyat anjuran PAS di Selat Klang, pada Khamis.

Abdul Khalid berkata, beliau tidak kecewa kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya bersyukur kerana tidak bersekongkol dengan sekelompok pemimpin PKR yang tidak jujur.

Pada Ogos 2014, Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat Abdul Khalid dari parti itu serta-merta.

Keputusan itu dibuat seleras Lembaga Disiplin PKR setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Berikutan itu, PKR melaksanakan Langkah Kajang dengan pengosongan kerusi DUN Kajang oleh Lee Chin Cheh.

Langkah Kajang’ yang berlaku pada 2014 merupakan peristiwa politik kotor yang menyaksikan konspirasi pimpinan PKR menumbangkan Menteri Besarnya sendiri bagi memenuhi kehendak Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana