BR1M : MOKHZANI TAK APA SUDAH KAYA – NAJIB

Datuk Seri Najib Razak menyelar Tan Sri Mokhzani Mahathir yang menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedangkan ia adalah salah satu usaha ikhlas kerajaan membantu rakyat kurang berkemampuan.

Perdana Menteri berkata, rakyat yang memerlukan bergantung kepada bantuan itu untuk meringankan beban dan mendorong mereka berusaha lebih berjaya.

Najib berkata, Mokhzani boleh berkata demikian kerana beliau sudah menjadi antara manusia terkaya di negara ini.

“Kita bagi (BR1M), kita nak tolong orang susah. Orang kaya macam Mokhzani tu dia dah kaya, ada kereta ‘sport’ 23 buah, jet persendirian… tuan-tuan apa ada?

“Melainkan kerajaan BN ini yang boleh bantu tuan-tuan. Bantuan kita beri (untuk meringankan beban), bukan patut kita hina orang susah.

“Kita bantu orang susah supaya akan bangun lebih berjaya, sekurang-kurangnya dia tidak sesak nafas, dapur dia berasap. Ini nak dekat raya, keluar RM800 pada Jun, masa inilah nak beli baju raya anak isteri, cantikkan rumah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Hebatkan Negaraku bersama Perdana Menteri di Dewan Konvensyen Sungai Siput, pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Siput Datuk Seri SK Devamany, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun dan calon BN DUN Jalong Datuk Tan Lian Hoe.

Mokhzani yang juga anak Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor memperlekehkan penerima BR1M, dengan mengatakan tiada apa yang perlu dibanggakan mengenai bantuan itu.

Ketika berceramah di pentas pakatan pembangkang di FELDA Sungai Tiang, Pendang, Kedah, malam kelmarin, beliau dipetik berkata, meskipun kerajaan gembira kerana mampu membantu rakyat menerusi BR1M, rakyat sebenarnya lupa bantuan itu menunjukkan mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan BN berupaya menawarkan BR1M kepada rakyat dan bantuan lain kerana pengurusan ekonomi serta kewangan negara yang cekap.

“Apabila hasil bertambah, kita pulangkan balik kepada rakyat. Ini orang momokkan pula mengenai GST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), sedangkan ada 600 barang keperluan tak ada GST.

“Ikan kembung tiada GST, beras.. tak ada GST, susu bayi, ubatan pun tak ada, jangan nak salahkan GST. Terdapat 164 negara di dunia ada GST dan kita antara negara menawarkan GST terendah.

“Apabila dapat hasil, kita tambah untuk belanja rakyat, apa salahnya? BR1M tambah, pekebun kecil dapat.. nelayan dapat. MB kita (Zambry) pun anak nelayan dan berjaya sehingga sekarang,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus membantu rakyat memerlukan dengan memberi galakan dan mendorong mereka sehingga berjaya seperti Zambry yang kini memimpin kerajaan negeri Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana