AZMIN DALAM ‘KETAKUTAN’ – ROSLAN SHAHIR

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa berada dalam ‘ketakutan’ kerana bimbang akan kalah selepas tidak mendapat sokongan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Azmin sedar kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor adalah kerana undi serta sokongan PAS.

“Azmin seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan lupa jasa PAS. Semakin dekat PRU-14, semakin Azmin ketakutan. Azmin gelisah bimbangkan kedudukannya.

“Atas sebab itu Azmin lebih banyak menyerang PAS dalam kempen politiknya. Azmin lebih berminat kepada PAS berbanding BN. Mungkin Azmin takut kepada PAS,” katanya kepada Watan Online pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Roslan Shahir berkata,  sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin gagal mempertahankan kepentingan umat Islam.

“Semasa isu penganjuran pesta arak suatu masa dulu, Azmin gagal menguruskan isu tersebut dengan baik. Azmin juga membenarkan kewujudan rumah urut di Selangor,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana