130 AHLI DAP DI BERA UMUM TINGGALKAN PARTI

BERA – Kira-kira 130 ahli DAP Triang di sini menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyokong BN selepas tidak berpuas hati dengan tindakan calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang, Leong Yu Man yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi dalam menerajui jentera parti itu.



Naib Ketua Pemuda DAP Bera, Kang Chun Chen, 30, yang mengetuai perletakan jawatan itu berkata, Yu Man tidak memandang penat lelah usaha jentera membantu dia berkempen malah, dia tidak menghulurkan apa-apa dana kepada jentera buat pekerja.



“Yu Man tidak pernah turun padang mengambil berat tentang kami malah, dia juga ada kepentingan sendiri dalam berpolitik dengan meletakkan ahli keluarganya dalam senarai jawatankuasa tertinggi DAP DUN Triang.



“Saya dan jentera berpenat lelah menyediakan pelbagai kelengkapan berkempen menggunakan duit sendiri namun, dia dan keluarganya yang mendapat nama,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Restoran Resthouse, Triang di sini hari ini.



Tambahnya, dia mengakui selama ini BN banyak membantu masyarakat Cina di Triang meskipun kerusi DUN di situ disandang DAP selama lebih lima penggal.



– K! ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana