TOLONGLAH JANGAN UNDI PAS – MAT SABU...MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI

LANGKAWI – Dendam Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap parti lamanya, Pas bagaikan tiada kesudahan apabila beliau mengajak penyokong serta ahli Pas supaya menghukum parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Dalam keadaan terdesak, Mohamad Sabu ketika berucap dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat di sini malam tadi, turut mengulangi skrip lama kononnya pemimpin-pemimpin tertinggi Pas telah dibeli oleh UMNO.



“Pas ahlinya cukup baik, tetapi pemimpinnya telah dibeli oleh UMNO. Ahli Pas termasuk di Langkawi mesti hukum pemimpin kamu. Tolonglah jangan undi Pas kerana pemimpinnya telah menjual kamu (ahli Pas),” katanya.



Selain Mohamad Sabu, ceramah tersebut turut disertai Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; bekas Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.



Pada ceramah tersebut, Dr. Mahathir turut mengumumkan calon PPBM yang bakal bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen termasuk Langkawi yang bakal diwakili oleh beliau.



Dalam pada itu, Mohamad Sabu seperti biasa terus ‘membodek’ Dr. Mahathir yang pernah menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara tidak bertempat, kononnya pada zaman pengerusi gabungan pembangkang PKR itu sebagai Perdana Menteri, suasana di negara ini lebih demokrasi berbanding sekarang.



Sedangkan hakikatnya pada masa itu, pemimpin pembangkang langsung tidak diberi kebebasan bersuara, media dikawal selain pelbagai kemusnahan lain.



Sementara itu, Mukhriz turut memperlihatkan dendamnya terhadap Barisan Nasional (BN) apabila terus membuat tuduhan liar dan menghasut rakyat membenci kerajaan yang pernah memberinya peluang memegang pelbagai jawatan penting termasuk Menteri Besar.



Dakwa calon PPBM Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra itu, kerajaan telah merosakkan Tabung Haji dan Felda tanpa menyedari hakikat sebenar bahawa dua agensi tersebut telah banyak memberi manfaat kepada rakyat sejak sekian lama.



– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana