Tan Seng Giaw DAP Kata Tun M Salah, Malaysia Tidak Akan Bankrap

Dr Tan Seng Giaw, seorang veteran DAP yang baru-baru ini menekankan satu kenyataan utama selepas beliau tidak lagi dicalonkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kepong. Walaupun beliau telah berkhidmat selama 40 tahun, ia bukanlah tidak penghalang untuk beliau membidas sekutu pembangkang itu yang acap kalinya mengatakan bahawa negara itu akan bankrap.

Tan menjelaskan bahawa dia hanya menyatakan perkara yang benar dan tidak mempunyai agenda lain untuk menentang pihak pembangkang.

“Malaysia tidak akan bankrap seperti yang dikatakan oleh Tun Mahathir (Mohamad). Saya memberitahu kebenaran ini kerana saya sendiri mengetahui kebenarannya.”

“Semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang saya hadiri pada tahun lepas, saya menerima laporan mengenai Malaysia dan saya turut membacanya. Selepas Singapura, Malaysia juga menduduki kedudukan yang tertinggi di Asia Tenggara.

“Semasa persidangan IMF di Jakarta pada bulan lepas pula, mereka sekali lagi mengatakan perkara yang sama. Dan secara sengaja saya bertanyakan hal ini kepada mereka, tidakkah anda berfikir bahawa skandal 1MDB akan memacu Malaysia ke arah kebankrapan? Mereka menjawab ‘perkara itu tidak mungkin berlaku’.

“Ini adalah organisasi antarabangsa. Mereka tidak akan berhutang untuk satu kehidupan. Adakah IMF berbohong kepada kami? “Tanya bekas timbalan ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Baru-baru ini, Tan banyak dikritik kerana beliau tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk menunjukkan perkaitan antara Perdana Menteri Najib Razak dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‘Adakah salah apa yang saya buat?’

Tan berkata begitu berikutan panggilan terhadapnya, “running dog” dan pengkhianat oleh ahli parti sendiri.

“Sekarang mereka memanggil saya “running dog” atau bahasa melayunya bermaksud ‘anjing suruhan’. Apa kesalahan saya? Akibat bercakap satu kebenaran? Mereka berkata saya pasti menjadi jutawan kerana saya telah menerima wang Najib.”

Bercakap lebih lanjut, Tan mendedahkan bahawa beliau telah beberapa kali membaca laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB dan tidak menemui apa-apa bukti bahawa Najib terlibat dalam skandal tersebut.

“Apa yang anda mahu saya katakan? Bahawa Najib bersalah? Bagaimana anda mengatakan seseorang itu bersalah tanpa sebarang bukti? Apa sudah jadi prinsip ‘dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah’, “tambahnya.

Dalam mempertahankan pandangannya terhadap Najib, Tan memetik contoh Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari Umno dan kabinet kerana dakwaan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksual.

“Saya merasakan benda yang sama tentang Anwar. Saya merasakan bahawa dia dilayan dengan tidak adil dan tidak ada bukti kukuh mengenai kesalahannya. Kini, orang yang mensabitkan Anwar telah bersama-sama dengan pembangkang.

“Mengapa kita boleh mengatakan Anwar tidak bersalah tetapi mengatakan Najib yang bersalah? Di manakah bukti? Itulah yang saya minta, “katanya dalam temu bual di kliniknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana