Tak malu muka tebal...PM tibai U-Turn pembangkang mengenai BR1M

Jangan salahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beliau guna istilah 'tidak tahu malu dan muka tebal ' pada pembangkang dalam bab ini.

Malah siapa saja akan tibai habis-habisan nelihat gelagat yang tidak ada moral politik ini.

Satu dunia tahu bagaimana pembangkang dan para pembesarnya termasuk bekas Perdana Menteri Tun DR Mahathir Mohamad dulu mengutuk habis kerajaan beri BR1M pada rakyat bawahan.

Apa istilah yang tidak mereka guna untuk perlekeh kerajaan.Kata BR1M rasuah,dedak dan macam-macam.

Kini jenuh kena telan ludah sendiri.

Berucap di Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong Rabu Najib mempersoalkan gelagat U-Turn itu kerana kini sudah masukan BR1M dalam manifesto mereka.

“Dahulu kata BR1M tak baik, dedak, rasuah tapi alih-alih dalam manifesto mereka ada pula BR1M, selama ini kutuk BR1M. Tak malu, muka tebal.

“Kenapa dalam manifesto ada pula BR1M? Sebab BR1M membantu keluarga seperti yang saya umumkan bahawa pada Ramadan ini kita akan bayar bukan RM400 tapi RM800 untuk membuat persiapan Hari Raya,” katanya.

Pada ucapan itu Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan akan bina Pusat  Transformasi Bandar (UTC) dan pembinaan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan.

Beliau berkata projek itu membabitkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dibangunkan menerusi dua fasa.

“Projek PPR saya nak umum cari tapak buat dua fasa, fasa pertama (bina) 250 unit dan fasa kedua 250 unit, jadi 500 unit. Saya serah kepada kerajaan negeri dan ahli parlimen untuk fikir tapak yang sesuai,” katanya.

“UTC di Teluk Intan insya-Allah akan dibuat, ia memang program inisiatif kerajaan yang sangat popular kerana hampir 70 juta pengunjung telah gunakan UTC setakat ini. Cerah UTC bukan macam terowong Pulau Pinang yang tidak nampak hujung terowong,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan untuk memasang lampu limpah di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi di Selabak di Teluk Intan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana