SWING SKIT SAJA PH MELINGKUP TERUS!!!! SOKONGAN ORANG CINA SUDAH MULA MEROSOT TERHADAP DAP – SIN WOON

KUALA LUMPUR – Tsunami Melayu yang digembar-gemburkan pakatan pembangkang hanyalah satu helah yang didalangi DAP untuk mengekalkan sokongan kaum Cina yang semakin merosot terhadap parti itu.

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon mendakwa idea tsunami Melayu mula-mula dilontarkan oleh Ketua Strategi DAP, Liew Chin Tong

“Kenapa beliau cipta tsunami Melayu? Kerana sokongan orang Cina sudah mula merosot. Tsunami Cina sudah semakin dingin. Jadi ini untuk meyakinkan orang Cina jangan pergi dulu, sebab Melayu sudah bersama. Kalau campur sahaja Melayu cukup untuk kita ubah kerajaan.

“Sebab slogan ubah kerajaan semakin tidak dipercayai. Sudah 10 tahun. Bila lagi nak ubah? Sudah 85 peratus orang Cina bagi sokongan penuh kepada DAP, kepada Pakatan, tak jadi juga ubah kerajaan. Jadi ada kalangan yang tidak percaya dah mula kata kita nak undi rosak,” jelas Sin Woon dalam program Sembang Online yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online hari ini.

Menurut Sin Woon, tsunami Melayu hanyalah helah DAP untuk menyakinkan orang Cina supaya memberikan mereka satu lagi peluang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Sin Woon merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRU-14 yang dijadual berlangsung pada 9 Mei ini. Sin Woon yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ah Chong akan menggunakan slogan ‘Den Orang Seremban’ dan dijangka akan berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Anthony Loke dari DAP.

– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana