Sudah dijangka DAP sasar kerusi MB Perak letak calon Melayu

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan DAP meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengintai kerusi Menteri Besar sekiranya menguasai pentadbiran negeri itu, sudah dijangka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, DAP menyedari penolakan orang Melayu terhadap parti cauvinis itu dan langkah meletakkan calon Melayu adalah untuk menarik undi orang Melayu.

“Kita telah menelaah dan menjangka dari awal apabila mereka (DAP) tidak menggunakan lambang parti sendiri, sebaliknya guna lambang parti lain.

“Telahan ini benar dan ia bertujuan untuk menarik pengundi Melayu menyokong calon mereka.

“Tentunya dengan meletakkan seorang pakar undang-undang (daripada DAP) tetapi bertanding menggunakan lambang parti lain adalah pengesahan dan agenda mereka kini terserlah.

“Mangsanya adalah PPBM, PAN dan PKR sendiri kerana sudah hampir pasti kawasan ditandingi DAP yang diletakkan calon Melayu bertujuan mencari tokoh dihajati bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kilang pemerosesan hasil laut Sen Up Huat di Jalan Tepi Sungai, dekat Hutan Melintang hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP meletakkan pakar perundangan, Prof Dr Abdul Aziz Bari, bertanding di DUN Perak, seperti disahkan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini.

Mengulas tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, bertanding di Parlimen Teluk Intan menentang Pengerusi GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang menang kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mei 2014, Ahmad Zahid berkata penduduk di Teluk Intan dapat menilai sendiri perkhidmatan dan pembangunan diberikan Siew Keong.

“Siapa pun mewakili DAP, mereka adalah calon nomad (bertukar kawasan) hampir setiap kali PRU (Pilihan Raya Umum), seperti mana Ahli Parlimen Taiping (Kor Ming) menawar diri untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan.

“Mereka tahu Mah Siew Keong anak tempatan dan beri banyak perkhidmatan kepada masyarakat dan membawa pembangunan, beliau juga menteri (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) yang mempunyai prestasi terbaik,” katanya.

Mengenai tindakan Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh Malaysia’ untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas, Ahmad Zahid mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bertanding di parlimen itu.

“Saya tidak dapat menolak parti mana sekalipun atau individu berniat untuk bersama memberi makna kepada demokrasi.

“Kita serahkan kepada pengundi di Bagan Datuk untuk menentukan parti dan individu yang boleh memberi kesinambungan pembangunan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Parlimen dan daerah ini.

“Tentu sekali kita berasa rakyat menolak pemimpin yang datang setiap kali musim menuai tiba (pilihan raya) kerana di Bagan Datuk yang ada cuma kelapa dan kelapa sawit yang tidak bermusim,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana