SELEPAS NIZAR, AZIZ BARI PULA JADI ‘BONEKA’ DAP DI PERAK...CERDIK TAPI MASUK POLITIK JADI BODOH AKAL

Kemelut dalaman pakatan pembangkang di Perak semakin terserlah, apabila boneka baru bagi DAP telah disebut sebagai calon Menteri Besar Perak. Tanpa menunggu pandangan dari PKR, PAN dan PPBM (yang telah diharamkan), DAP terang-terangan menyebut Aziz Bari untuk calon kerusi itu.

Buktinya, DAP sendiri yang melantik dan mengumumkan pencalonan Aziz Bari, walaupun pada PRU14 kali ini kesemua calon dari Pakatan Harapan akan menggunakan watikah calon yang ditandatanggani oleh Presiden PKR.

 Aziz Bari menyertai DAP pada 2015 selepas meninggalkan parti PKR sebelum ini. Dia pernah tewas di Sabak Bernam, Selangor pada PRU 13 lepas, dengan menggunakan tiket PKR. Kali ini, bekas ahli akademik itu dikhabarkan akan menjadi calon DAP menggunakan logo PKR di DUN Tebing Tinggi.

Sejarah lepas menyaksikan Ir Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi Menteri Besar Perak dalam tempoh 11 bulan telah menggadaikan 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri untuk mendirikan 9 buah sekolah Cina.

Bukan itu sahaja, menjelang kejatuhan dia pada 2009, Nizar yang menjadi ‘boneka’ DAP sempat lagi meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina. Selain itu, pemberian geran tanah kepada kaum Cina di penempatan baharu.

11 bulan ketika itu Nizar menjadi boneka DAP dipercayai telah mengaut keuntunggan untuk satu kaum sahaja dengan mengabaikan tanggungjawab kepada keseluruhan masyarakat negeri itu?

Kini muncul seorang watak lagi yang diwujudkan bagi menjadi ‘alat suruhan’ DAP? Adakah Aziz Bari watak baru dalam wayang boneka DAP ini?Sekiranya DAP kembali memegang kuasa di Perak, adakah mereka akan kembali terima seorang Menteri Besar yang beroperasi sekadar mengikut telunjuk DAP? – TV14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana