Saya boleh menang di mana-mana Parlimen, kata Madey...Jangan Cakap Besar Lah Madey Langit Tidak Selalu Cerah

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan angkuh menyatakan bahawa beliau boleh menang di mana-mana kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun beliau memilih kerusi Parlimen Langkawi, ekoran mahu mencabar majoriti yang dimenangi Barisan Nasional (BN) yang mendapat 11,000 lebih undi pada PRU13.

"Saya ingat kalau saya pilih Kubang Pasu pun saya boleh menang, sebab itu sebelum ini saya kata mungkin Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya atau mana-mana tempat lain.

"Sebabnya ialah bila saya pergi ke mana-mana saya akan dituruti dengan Najib oleh hadiah, sebab itu orang suka kepada saya bila saya buat lawatan Najib akan bagi hadiah.

"Sebab itu saya tidak terhad kepada Langkawi sahaja, dari dahulu saya cakap nak bertanding di Langkawi sebab di Langkawi dulu menang dengan 11,000 undi majoriti, jadi kita nak tengoklah banyak mana dia dapat," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PPBM di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan 'bekas musuhnya' itu sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.

Ia secara tidak langsung menjadikan pemimpin itu sebagai calon tertua yang akan bertanding bagi PRU kali ini.

Sebelum ini, dalam banyak sidang media Dr Mahathir acap kali memberitahu bahawa dirinya mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu, Putrajaya atau Langkawi.

Untuk rekod, Dr Mahathir pernah menjadi Ahli Parlimen di Kubang Pasu selama 30 tahun dan beliau bertanding untuk kali terakhir pada 1999 iaitu pada PRU10.

SPR tak benar pakai logo PKR? 

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Dr Mahathir mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin akan membatalkan pencalonan ahli PH untuk menggunakan logo PKR pada hari penamaan calon nanti.

Namun katanya, PH mempunyai 'senjata rahsia' yang akan digunakan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kelak, namun enggan mendedahkannya.

"Memandangkan kepada pengalaman kita pada kerajaan ini, mungkin pada saat terakhir diisytiharkan tidak boleh pakai.

"SPR (sebelum ini) menyatakan bahawa tidak perlu mendapatkan kebenaran SPR (untuk guna logo PKR), kita pegang kepada itu tetapi janganlah SPR dan kerajaan ini pada saat terakhir di waktu kita nak menamakan calon tiba-tiba beri arahan bahawa tidak boleh pakai supaya kita tidak boleh bertanding dan BN boleh menang tanpa bertanding.

"(Namun jika benar berlaku) Kita ada beberapa idea tentang apa yang akan dilakukan tetapi sudah semestinya kita tidak boleh beritahu sebab kalau kita beritahu Najib akan tahu, jadi ini ialah senjata rahsia kami," ujarnya lagi.

PH sebelum ini mengumumkan parti itu bakal menggunakan logo PKR bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Ia selepas kegagalan PH untuk didaftarkan sebagai sebuah parti apabila berlaku masalah dalam sebuah parti komponen di dalam gabungan itu, iaitu PPBM.

PPBM kini telah dibubarkan sementara oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki jabatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana