Rakyat Perlu Tolak DAP

Lima tahun pintu pejabat tertutup, tidak ada penganjuran aktiviti yang membawa manfaat kepada rakyat dan kelibat pemimpin yang jarang turun padang, itu antara situasi yang boleh digambarkan bagi DAP yang telah memenangi kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13).

Sejak memenangi kerusi itu, wakil rakyat DAP hilang. Para pengundi yang menyokong pe­mimpin DAP diabaikan sehingga mereka terpaksa mengadu setiap masalah yang dihadapi kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk di­selesaikan, lapor Utusan

Walaubagaimanapun, lima tahun berlalu, dalam kehangatan suasana politik sekarang sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pejabat berkenaan tiba-tiba sahaja beroperasi 24 jam. Bendera roket dipasang di kawasan sekeliling dan kelihatan ada sahaja aktiviti di situ.

Itulah hakikatnya yang berlaku di Sandakan yang perlu dinilai oleh rakyat. Ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sibuk bekerja keras turun padang menguruskan masalah rakyat, pemimpin DAP pula hilang, namun apabila tiba musim pilihan raya, merekalah yang paling sibuk berkempen dan menabur fitnah ke atas kerajaan.

Terbaru, DAP Sandakan menganjurkan satu majlis bersama masyarakat kaum Cina di bandar itu yang berlangsung selama lima jam dengan diakhiri ucapan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Ketika rakyat Sandakan berharap ada perkara baik yang mahu diumumkan dalam pertemuan itu, sebaliknya mereka disajikan dengan kata-kata kesat yang keluar dari mulut para penceramah DAP pada malam itu, terutama Kit Siang sendiri.

Sudahlah mereka tidak pernah membantu rakyat. Pemimpin BN yang aktif melaksanakan tugas membantu setiap pengundi di situ pula dicaci,. Mereka dihina dan difitnah dengan pelbagai tuduhan sehingga ada yang mendoakan agar pemimpin BN ditimpa kecelakaan.

Justeru, sebagai rakyat, adakah kepimpinan seumpama ini yang diperlukan untuk membantu memperjuangkan nasib mereka? Dalam tempoh lima tahun DAP menerajui Parlimen Sandakan, tiada langsung kejayaan yang boleh dibanggakan di situ.

Lihatlah keadaan bandar Sandakan kini semakin malap, malah banyak pemilik perniagaan yang sudah gulung tikar. Satu ketika dulu, bandar Sandakan adalah antara yang pa­ling sibuk di Sabah, namun semuanya tinggal sejarah.

Melihat kepada senario itu, pe­nyandang Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong sepatutnya merancang dan merangka pelan pembangunan bandar itu untuk sekurang-kurang memastikan aktiviti perniagaan yang ada bertahan bukannya terpaksa ditutup.

Sebaliknya, sepanjang lima tahun itu, tugasnya adalah me­nyalahkan kerajaan dari A sampai Z. Di mata beliau, semua masalah yang berlaku di Sandakan kononnya salah BN, seperti tiada satu pun kebaikan yang dilakukan kerajaan selama ini.

Situasi itu amat berbeza de­ngan peranan pemimpin BN yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura dan DUN Tanjung Papat yang tidak pernah berhenti mangadakan program untuk membela nasib rakyat, menyalurkan bantuan selain membangunkan daerah ini dalam pelbagai aspek seperti kemudahan asas, ekonomi setempat dan sektor pelancongan.

Dalam pada itu, gabungan pemimpin junior iaitu Chan Tzun Hei yang disebut-sebut calon paling sesuai di DUN Elopura dan pemimpin senior iaitu ADUN Tanjung Papat, Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah serta Datuk Lim Ming Hoo yang dikatakan bakal calon Parlimen Sandakan, telah melakukan segala-galanya untuk rakyat.

Di bawah kerajaan BN pula, Sandakan terus menerima limpahan kemajuan dan pembangunan yang dibawa secara berperingkat-peringkat. Terbaharu, sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibuka di Menara Majlis Perbandaran Sandakan yang dijangka mampu menarik keha­diran pengunjung dari daerah-daerah luar ke bandar Sandakan seterusnya melonjakkan kembali ekonomi di situ.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pelancaran Manifesto BN juga telah mengumumkan akan menaikkan taraf Lapangan Terbang Sandakan dan ia sudah tentu akan melonjakkan lagi nama daerah ini terutama dalam sektor pelancongan.

Sebelum ini, pada Februari yang lalu, Sandakan buat julung kalinya telah menerima penerbangan pertama yang membawa sekumpulan pelancong dari Taiwan. Oleh itu, inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat itu amat tepat pada masanya.

Apa yang pasti, rakyat di Sandakan mestilah bijak dalam memilih pemimpin dan parti yang boleh, mampu dan terbukti untuk mewakili suara dan dalam masa yang sama membela nasib mereka.

Cukup-cukuplah beri peluang kepada DAP, kerana kegagalan mereka telah terbukti. Berilah sokongan kepada BN kerana parti ini sudah terbukti mampu membela nasib rakyat di mana sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana