Permatang Pauh Bukti PKR Amal Nepotisme

Kerusi Permatang Pauh memang sinonim dengan PKR. Jika sebelum ini ia hanya bertukar-tukar di antara Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah, tapi kali ini kerusi itu bakal diwariskan kepada puteri sulung mereka, Nurul Izzah.

Menurut The Star, Izzah akan berpindah ke Permatang Pauh dari Lembah Pantai, manakala Wan Azizah yang merupakan penyandang kerusi Permatang Pauh pula akan berpindah ke sebuah kerusi di Lembah Pantai. Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Kalau betul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, ini akan membuktikan PKR adalah parti yang mengamalkan nepotisme. Perjuangan parti semata-mata untuk survival keluarga Anwar saja. Macam tak ada orang lain yang layak duduk di kerusi berkenaan! Tak lain tak bukan pasti untuk raih undi simpati. Taktik lapuk!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana