PENGARAH BIRO PILIHAN RAYA PAN SELANGOR LETAK JAWATAN HARI INI

Selangor – Jaafar Samsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Jaafar  meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Perkara ini dimaklumkan beliau sendiri kepada Malaysia Dateline petang ini.Surat peletakan jawatan secara rasmi  yang bertarikh 18 April 2018 itu sudah dihantar ke ibu pejabat AMANAH Negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, keputusan untuk meletakkan semua jawatan di dalam AMANAH dan tidak lagi sebagai ahli AMANAH  hari ini, ekoran beliau merasakan suaranya tidak didengari dan  usahanya tidak dihargai  dikalangan pimpinan negeri dan diperingkat nasional parti.

“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah  apa yang saya lakukan tidak bagus.

 “Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” dakwanya yang berkata keputusan diambil itu atas kerelaan tanpa paksaan mana-mana pihak.

 Jaafar,62, memegang beberapa jawatan dalam parti antaranya, Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH Negara dan Ketua AMANAH Kawasan Kota Raja sejak beliau menyertai AMANAH pada 2016 selepas parti serpihan Pas itu ditubuhkan.

Sebelum menyertai AMANAH beliau adalah ahli Pas sejak 1998 dan jawatan terakhir disandangnya dalam Pas sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas  Selangor dari 2002 hingga 2015.

Sebelum menyertai Pas, Jaafar adalah ahli Semangat 46 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Semangat 46 Negeri Selangor dan ketika berada di dalam Umno, beliau adalah pegawai di pejabat bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Seri Harun Idris.

Justeru katanya, setelah  36 tahun berkecimpung dalam politik dengan krisis dalaman diri beliau dengan pimpinan AMANAH di Selangor beliau sedia mengundurkan diri dengan meletakkan jawatannya.

Ditanya sama ada beliau  kecewa namanya  tidak dicalonkan di Kota Raja pada pilihan raya umum akan datang, beliau menafikannya.“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih.

“Cuma saya rasa seolah-olah apa yang saya lakukan selama ini  untuk parti tidak dihargai dikalangan pimpinan negeri.“Saya sudah lama berfikir (untuk buat keputusan) dengan harapan memberi ruang kepada kepimpinan menghargai saya tetapi sebaliknya ia tidak berlaku, lebih baik saya mengundur diri.

‘Buat masa ini saya memikirkan lebih baik saya bersara daripada politik dan berehat,” ujarnya yang akan memberikan lebih tumpuan kepada kerja dakwah dan bersama keluarganya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana