ORANG LANGKAWI AKAN PASTIKAN MAHATHIR KALAH – BEKAS PEMIMPIN PPBM

Bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘menggali kubur’ apabila membuat keputusan bertanding di Parlimen Langkawi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 ini.

Mereka percaya penduduk Langkawi akan menolak bekas Perdana Menteri itu walaupun beliau pernah memajukan pulau diwartakan sebagai bebas cukai itu kir 30 tahun lampau.

Bekas pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, ia merupakan kesilapan besar jika penduduk memilih bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang dipetik daripada Utusan mendakwa sewaktu 22 tahun memerintah negara, Dr. Mahathir menjadikan Langkawi sebagai tempat menjaga kepentingan sendiri dan kroni-kroninya.

Penduduk Langkawi tentu sedar yang membangunkan Langkawi bukan Dr. Mahathir seorang tetapi peruntukkannya dibiayai parti pemerintah Barisan Nasional, kata beliau.

Selepas bersara hampir 20 tahun, Dr. Mahathir yang terjun ke kem pembangkang kini tiba-tiba muncul untuk membela penduduk Langkawi ketika usianya mencecah 93.

Bagi bekas Exco Ang­katan Bersatu Anak Muda PPBM, Mohamad Taufik Abas juga percaya Dr. Mahathir tidak akan mengubah pemikiran penduduk Langkawi untuk menyokongnya.

Semasa menerajui negara, beliau telah menanam kebencian kepada penduduk Lang­kawi terhadap PKR dan kini mahu kembali mengangkat PKR.

BN telah menjadi parti tradisi kepada penduduk di pulau itu walaupun Dr. Mahathir menyertai pembangkang dan berhasat untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu seorang lagi bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mendakwa Dr. Mahathir cuba menakluk Langkawi dengan menggunakan orang-orang yang kecewa dalam UMNO serta saki baki ahli PKR dan PAN.

Belau yang dipetik sebagai berkata, ahli PPBM Langkawi tidak sampai 1,000 orang, namun Mahathir tidak pernah menghiraukan mereka sehinggakan pejabat PPBM juga tidak pernah wujud.

Mahathir tidak perlukan pejabat parti dan hanya datang berceramah, memfitnah pemimpin, menipu rakyat dengan niat untuk ‘menjajah semula’ pulau ini, kata Anina.

 Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana