Mustahil Zaid Ibrahim Tak Sedar DAP Memang Parti Cina?

Sudah dua, tiga hari rakyat mendengar luahan kecewa Zaid Ibrahim tentang DAP, parti baru yang di’terjun’nya tahun lalu dan dipujinya sebagai sebuah parti yang efektif selesaikan masalah rakyat. Tapi… itu cerita setahun lalu, sekarang tidak lagi.

Bekas pemimpin Melayu DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ‘pelik’ mengapa Zaid tak sedar tentang siapa sebenarnya DAP sejak mula berpolitik dan berada di dalam parti itu selama 14 bulan. Mana tidaknya, DAP seboleh-boleh akan bertanding di kerusi majoriti Cina, dan jika sebaliknya pun, DAP akan menggunakan calon Melayu semata-mata nak dapatkan undi. Walhal dalam PRU13 pun, ketika Pakatan Rakyat (PR) wujud, DAP-lah parti yang paling dominan dan mendapat paling banyak kerusi. Malah senario itu juga mungkin berulang pada PRU14 meskipun Pakatan menggunakan logo PKR sebagai lambang gabungan.

Lihat sahajalah bagaimana DAP umumkan dua calon menteri jika mereka menang PRU14, iaitu Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong, di kala parti-parti Melayu dalam Pakatan masih membisu dalam hal ini. Itulah yang menjadi punca Zaid melenting, atau pun mungkin juga disebabkan dia gagal jadi calon DAP untuk PRU14. Jadi Zaid, lepas ini nak melompat ke mana pula?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana