Malaysiakini putar belit kenyataan Zahid Hamidi...

Menjelang hari-hari pengundian 9 Mei ini... macam-macam trik pembangkang nak semai kebencian kepada BN termasuk melalui unit propaganda mereka Malaysiakini.

Berikutan itu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membidas Malaysiakini yang dilihat sengaja menggunakan tajuk yang tidak tepat dan sengaja dibuat untuk membangkitkan perasaan benci rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata artikel yang bertajuk "Best not to vote if you can't get leave, Zahid tells M'sians in S'pore' telah memberi persepsi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi.

"Saya merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan yang berniat jahat dengan memutar-belit kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kenyataan TPM adalah amat jelas dan terang sekali iaitu terpulang pada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sama ada mahu pulang untuk mengundi atau tidak.

"Kerajaan terbuka dalam hal ini kerana negara ini adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan semua orang mempunyai hak untuk mengundi," katanya.

Tambahnya lagi, Malaysiakini juga menipu dengan mengatakan bahawa terdapat 250,000 ribu orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tiada bukti untuk menyokong kenyataan mereka itu.

"Mereka hanya mengambil jalan mudah dengan memutar - belit fakta untuk mewujudkan ketegangan antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi kehendak dan kepentingan beberapa pihak.

"Kerajaan menggalakkan semua rakyat Malaysia tidak kira dimana - mana untuk keluar mengundi pada PRU - 14 yang akan datang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini.

"Malaysiakini juga sudah terbukti melanggar  Akta Anti-berita Tidak Benar yang baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat.

"Perkara ini perlu dilakukan dengan segera kerana saya yakin selepas ini lebih banyak penipuan, putar belit dan berita palsu akan diterbitkan oleh Malaysiakini untuk mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian negara. Sebelum perkara ini menjadi lebih parah dan tidak terkawal, ianya wajar dihentikan serta merta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana