MAHATHIR TERBANG TINGGALKAN KUBANG PASU SELEPAS 30 TAHUN

ALOR SETAR – Dengan rekod sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu selama 30 tahun, langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan kawasan itu untuk bertanding di Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 adalah sesuatu yang janggal.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, percaturan dilakukan gabungan pembangkang PKR itu nyata ‘sumbang’ ketika Mahathir dilihat seolah-olah melarikan diri dari rakyat di Kubang Pasu yang dilihat banyak berjasa kepadanya sehingga membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Rakyat Langkawi perlu berhati-hati dengan ‘orang’ ini. Banyak persoalan yang timbul mengapa beliau tidak berani kembali bertanding di Kubang Pasu iaitu kawasan yang terlalu lama diwakilinya sebelum ini.

“Kalau atas alasan ‘nostalgia’, sepatutnya nostalgia Mahathir ada lebih banyak di Kubang Pasu kerana di situlah tempatnya beliau mewakili rakyat. Pembangunan yang dilakukan di Langkawi pula hanya dapat dilaksanakan kerana undi rakyat Kubang Pasu yang membantunya menang menjadi Ahli Parlimen seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana