‘MAHATHIR MEMPUNYAI DENDAM PERIBADI DENGAN PAS’

ARAU: PAS mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai dendam lama terhadap parti itu sehingga terus-terusan menyerang Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata tindakan itu dapat dilihat sejak dulu dan terkini Dr Mahathir menyifatkan Abdul Hadi sebagai ‘tidak lebih daripada ustaz kampung’.

“Dia (Dr Mahathir) memang mempunyai dendam peribadi dengan PAS, malah sejarah perjalanan beliau dalam politik ini, beliau pernah kalah dengan dengan calon PAS di Kota Setar Selatan pada 1969 iaitu Allayarham Yusuf Rawa.

“Jadi tidak mustahil jika beliau berterusan menyerang PAS dan yang terkini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi ‘tidak lebih dari sekadar ustaz kampung’,” katanya ketika kepada media selepas ceramah di sini, malam tadi.

Idris berkata, Dr Mahathir perlu menyedari beliau memerlukan sokongan padu orang Melayu dan bukannya mengamalkan budaya menghina orang lain jika mahu membentuk kerajaan.

“Semua tahu majoriti pengundi di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah orang Melayu dan parti yang betul-betul menjadi pilihan orang Melayu hanya UMNO atau Pas PAS,” katanya.

Malah, beliau menyifatkan tindakan Dr Mahathir menghina Abdul Hadi tidak lebih hanya ingin memenuhi kepentingan peribadinya.“Kenapa perlu menghina? Saya lihat dari dulu lagi siapa yang seolah-olah mengancam kedudukannya dalam parti politik, dia pasti akan melakukan sesuatu.

“Itu yang sampai menghina orang lain dan tindakan itu tidak lebih dari hanya untuk memenuhi kepuasannya sendiri,” katanya.Baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘ustaz kampung’ dan orang yang tidak berpengetahuan dalam bidang politik.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubar sementara, turut ‘menasihatkan’ Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu kembali mendalami semula ilmu agama supaya lebih memahami Islam untuk berceramah dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana