MAHATHIR MEMILIH LANGKAWI KERANA TIDAK YAKIN DI KUBANG PASU – IDRIS AHMAD

ARAU 18 April – Pas percaya keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Parlimen Langkawi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan beliau takut ditolak oleh pengundi di Kubang Pasu.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, di atas kebimbangan tersebut, Dr. Mahathir akhirnya memilih kawasan yang dilihat lebih selamat meskipun Kubang Pasu adalah kawasan tradisi beliau yang ditandingi sejak 1974.

Bagaimanapun katanya, terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri sikap bekas Pengerusi PPBM itu sebelum memilihnya pada pilihan raya nanti.

“Dia (Dr. Mahathir) memilih Langkawi kerana tidak yakinlah bertanding di Kubang Pasu, tempat dia sendiri. Apa-apa pun, itu hak dia, kita tidak mahu pertikai,” katanya ketika ditemui selepas program soal jawab ‘anda tanya Pas jawab’ di Guar Sanji di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas pengumuman Dr. Mahathir untuk bertanding di Parlimen Langkawi sekali gus mungkin akan tersenarai sebagai calon tertua dalam PRU-14.

Pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu sememangnya sudah dijangka bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sementara jika gabungan pembangkang PKR itu memenangi PRU-14.

Dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, tindak-tanduk Dr. Mahathir yang sering menyerang Pas adalah disebabkan rasa dendam bekas Perdana Menteri itu selepas Pas tidak mengikut telunjuknya.

Katanya, Dr. Mahathir juga menyimpan rasa dendam itu selepas pernah tewas kepada calon parti itu dalam pilihan raya umum pada tahun 1969.

“Dia marah dengan Pas sebab dia tidak boleh membentuk Pas selain Pas tidak mengikut telunjuknya ketika semua parti lain dalam pembangkang tunduk.

“Seperti biasa, Dr. Mahathir ini tidak boleh orang sekat kemahuannya. Sifatnya, dia mesti capai kemahuan, siapa tidak ikut akan menjadi musuh,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana