KIT SIANG BAKAL DITENTANG HEBAT CALON TEMPATAN

JOHOR BAHRU: Pertembungan di kerusi Parlimen Iskandar Puteri, dijangka menarik apabila penyandangnya yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kelihatan ‘buntu’ menempatkan diri dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kecuali berusaha mempertahankan kerusi itu.

Sebelum ini, desas-desus kuat mengatakan beliau akan meninggalkan Parlimen Iskandar Puteri yang sebelum ini dikenali sebagai Gelang Patah dan mencari kawasan baharu untuk bertanding, dengan Parlimen Johor Bahru dikatakan antara sasarannya.

Bagaimanapun, Parlimen Johor Bahru adalah kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bakal calon kawasan itu yang juga Ketua Publisiti PKR Johor, Akmal Nasir, kelihatan memulakan kerja kempen dan ceramah di situ.Justeru, Kit Siang dilihat akan mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri itu dan bakal ditentang calon tempatan kawasan itu, Datuk Jason Teoh, daripada Barisan Nasional (BN).

Nama Teoh mungkin jarang kedengaran di peringkat Persekutuan, namun jangan disangka anak tempatan itu sekadar tahap ‘cruiserweight’ berbanding Kit Siang, namun beliau juga mempunyai pengaruh terutama dalam kalangan masyarakat Tiong Hua sekitar Iskandar Puteri.

Walaupun tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada UMNO bertanding di kerusi itu, kini Teoh yang juga Ketua Bahagian MCA Iskandar Puteri tidak lagi berdiam diri, malah beliau sebenarnya bekerja di kawasan itu sejak lima tahun lalu lagi, sekali gus menjadi perhatian masyarakat tempatan.

Melihat pengaruh yang dimiliki Teoh sebagai anak tempatan Iskandar Puteri, Kit Siang bagaimanapun sehingga kini belum mengumumkan kedudukan beliau, sama ada mahu mengekalkan kerusi itu atau ‘berpindah’ ke kawasan di luar Johor.

Teoh yang juga anak jati Iskandar Puteri sudah 23 tahun bergiat aktif dalam politik dengan bermula sebagai ahli aktif MCA di kawasan berkenaan.

Desas-desus nama Teoh yang lebih dikenali dengan nama Jason dalam kalangan rakyat tempatan sebelum ini beberapa kali disebut sebagai calon paling sesuai mewakili BN di kerusi Parlimen Iskandar Puteri.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Johor, Wong Shu Qi, tidak menolak kemungkinan besar Kit Siang akan kekal bertanding di Iskandar Puteri.Bagaimanapun katanya, perubahan kawasan Parlimen yang akan ditandingi, boleh berlaku sebelum tarikh penamaan calon

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana