Ketua Dewan Ulama Pas tentang Muhyiddin di N09 Gambir

JOHOR BAHRU – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed akan menentang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Undangan Negeri (DUN) N09 Gambir pada PRU14.

Lebih menarik, anak Mahfodz, Ahmad Nawfal akan memberi tentangan kepada Muhyiddin di Parlimen Pagoh.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin di Majlis Pengisytiharan Calon Gagasan Sejahtera Johor Darul Ta’zim di Hotel New York, di sini malam ini.

Pada PRU13, Pas Johor bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN.

Bagi menghadapi PRU14, Pas bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) membentuk Gagasan Sejahtera Johor dan akan bertanding di 20 kerusi parlimen dan 41 kerusi DUN.

Bagi pilihan raya umum kali ini, Gagasan Sejahtera menampilkan 46 calon lelaki dan lima wanita termasuk seorang calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas, R. Kumutha untuk bertanding di DUN Johor Jaya.

Parlimen yang akan ditandingi Gagasan Sejahtera Johor adalah Segamat, Labis, Bakri, Pagoh, Ledang, Muar, Parit Sulong, Batu Pahat, Simpang Renggam, Ayer Hitam, Sri Gading, Kluang, Mersing, Tenggara, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.

Kerusi DUN yang ditandingi mereka pula ialah di Jementah, Pemanis, Tenang, Bukit Kepong, Bukit Pasir, Gambir, Serom, Simpang Jeram, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Yong Peng, Semarang, Parit Yani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Selain itu, mereka turut meletakkan calon untuk bertanding di DUN Machap, Layang-layang, Mahkota, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Johor Lama, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Larkin, Perling, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.  – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana