KASTAM AKUI SEJAK ERA TUN M LAGI KERAJAAN SUDAH BERI PELEPASAN CUKAI

PELEPASAN GST KE ATAS PEROLEHAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN BAGI PROJEK EAST COAST RAIL LINK(ECRL PROJECT)

1. Susulan penularan Sijil Pelepasan GST ke atas perolehan barang dan perkhidmatan bagi Projek East Coast Rail Link (ECRL) kepada syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini.

2. JKDM menegaskan memang terdapat mekanisme dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bertujuan untuk mengurangkan impak kepada golongan yang disasarkan.

3. JKDM dari semasa ke semasa akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak.

4. JKDM telah memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 56(3)(a) Akta GST 2014 kepada syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd atas sebab-sebab yang berikut:

i. Projek ECRL ini adalah projek antara Goverment-to-Government di mana projek ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui syarikat pelaburan kerajaan iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd;

ii. Ia merupakan tie-in project, dimana pelepasan yang diberikan kepada syarikat ini dibuat setelah mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik dari faktor kos GST;

iii. Syarikat tersebut juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulang balik GST (refund); dan

iv. Bagi mengurangkan kos dalam melaksanakan projek yang berkepentingan awam dan berorientasikan kemudahan awam (public supply).

5. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini adalah bagi memastikan projek strategik ECRL ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat secara keseluruhannya.

6. Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan sekalipun, kerajaan terpaksa menanggung kos GST ke atas perolehan ini dimana kerajaan perlu menambahkan pinjaman untuk menampung kos GST atau mengalami kerugian.

7. Kerajaan juga pernah memberikan pengecualian seperti ini dalam era SST kepada beberapa projek besar sejak tahun 80-an lagi. Di bawah Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan (ASP), duti import dan pengecualian cukai jualan ke atas mesin dan peralatan telah diberikan untuk projek-projek dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi, dan utiliti. Syarikat-syarikat telekomunikasi, Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), pelabuhan dan lapangan terbang, kereta api dan lain-lain adalah di antara penerima manfaat dibawah insentif ini. Antara projek-projek besar yang mendapat pengecualian adalah projek yang melibatkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Terowong SMART, Stadium Bukit Jalil, KLIA, ERL, MRT dan banyak lagi projek-projek lain untuk mengurangkan impak kos projek.

8. Secara amnya, apabila pengecualian diberikan dalam regim SST, kerajaan akan kehilangan hasil yang sepatutnya dipungut. Ini berbeza dari regim GST dimana pelepasan kepada perniagaan dalam rantaian bekalan adalah cuma pass through dan kerajaan tidak kehilangan sebarang hasil kerana ia tidak melibatkan pengguna akhir.

9. Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu GST tidak dipolitikkan lagi.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI SUBROMANIAM THOLASY
KETUA PENGARAH KASTAM

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana