Guan Eng Gelabah Bila PM Umumkan Akan Mansuhkan Tol Motosikal Jambatan Pulau Pinang

Perdana Menteri Dato seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan tol motosikal di jambatan Pulau Pinang  jika Barisan Nasional diberikan mandat pada  PRU14 akan datang. Ianya bukan sekadar janji kosong yang hanya untuk mengembirakan hati rakyat.

Susulan keputusan tersebut , ramai yang melihat betapa  kelam kabutrnya Guan Eng dari DAP yang melihat tawaran tersebut merupakan ancaman kepada pengurangan sokongan  pada pilihanraya akan datang.

Serta merta Guan Eng terus menjanjikan akan memansuhkan tol keseluruhan di Jambatan Pulau Pinang sebagai  usaha untuk  menandingi tawaran pilihanraya yang dibuat oleh Barisan Nasional sebagai langkah  untuk menyelamatkan keadaan.

Perlu dingatkan kepada rakyat di Pulau Pinang bahawa janji-janji yang  pernah diucapkan oleh  DAP selama ini hanya retorik politik semata mata. Tidak pernah ada dalam sejarah pemerintahan DAP yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Mana tidaknya, bagi DAP janji kepada rakyat hanya diibaratkan sebagai pelengkap proses pilihanraya sahaja. Dalam soal untuk menunaikan setelah berkuasa  itu soal no 10 bagi mereka. Perkara yang penting adalah kuasa.

Jika kita lihat dari sejarah janji pilihanraya yang pernah dibuat oleh DAP, tiada satu pun yang dilakukan  dan ditepati. Lihat sahaja Tol sungai Nyior yang kini telah berusia 10 tahun janjinya , namun  DAP masih lagi tidak mampu untuk menunaikannya.

Apa tah lagi untuk memansuhkan tol keseluruhan  jambatan di Pulau Pinang. Termakan  atau terhasut dengan janji DAP ini adalah  satu kesilapan yang besar, ini adalah kerana dasar dasar DAP ialah memastikan keuntungan dapat dicapai tanpa mengurangkan pendapatan sedia ada.

Jadi cerita  Pakatan Harapan  akan memansuhkan tol jambatan pertama Pulau Pinang jika tawan Putrajaya pada PRU14 nanti merupakan pembohongan yang sengaja dibuat untuk menipu rakyat. Lihat sahaja sejarah pemerintahan mereka.

Siapa yang tidak kenal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sentiasa berhelah  sebelum ini apabila rakyat bersuara dalam isu berkaitan janji pilihanraya, malah rakyat dipersalahakan  serta masihkah kita ingat bahawa  ucapan pembangkang yang mengatakan Manifesto bukan janji?

Keputusan itu dibuat setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan manifesto tambahan BN untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang  dilihat merupakan satu tamparan hebat terhadap Guan Eng.

Pemansuhan tol dilihat dalam berskala kecil  tetapi mempunyai impak yang besar dalam memastikan sokongan rakyat akan berubah. Begitu juga dengan janji DAP sebelum ini untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat. Semuanya hanya tinggal janji sahaja.

Terdahulu, Najib ketika hadir pada majlis bersama rakyat di Balik Pulau mengumumkan manifesto tambahan BN untuk Pulau Pinang.

Selain membina 65,000 rumah mampu milik, BN berjanji akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika berjaya tawan semula Pulau Pinang.

Oleh itu adalah diharapkan  rakyat Pulau Pinang akan berubah dan memilih sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dalam memastikan segala kebajikan rakyat dan pembangunan yang berkepentingan untuk rakyat dibangunkan tanpa melibatkan pihak konsesi.

Bertema “Selamatkan Pulau Pinang: Janji-Janji BN Pulau Pinang” manifesto mengandungi 60 tawaran itu dilancarkan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow, di hadapan lebih 3,000 penyokong BN di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Kesimpulannya manifesto yang dibentang pakatan diterajui DAP, hanya semata-mata janji kosong kepada rakyat, selain ingin mengejar populariti. Mereka (pakatan diterajui DAP) bagi janji ibarat ‘tiada esok bagimu’. Sebanyak 51 janji yang dibuat di Pulau Pinang sejak 2008, sampai sekarang masih belum ditunaikan lagi.

Bagi menjamin kepentingan rakyat, Barisan Nasional terus  menjanjikan   untuk menghapuskan surcaj air yang telah dinaikkan oleh  DAP, memberi bekalan percuma kepada kumpulan miskin tegar dan tidak akan menaikkan tarif air kepada kediaman selama lima tahun.

Melihat dari kepelbagaian sudut kepentingan rakyat dalam usaha membangunkan ekonomi Pulau Pinang, Barisan Nasional  negeri berjanji menurunkan sewa tapak penjaja pasar, gerai dan tapak penjaja sementara pada kadar hanya RM10 sebulan, selain menghapuskan sistem penswastaan tapak penjaja asal, gerai dan tapak sementara.

Sebagai tawaran untuk wanita di Pulau Pinang, BN Pulau Pinang akan menyediakan kuota khas bagi wanita bujang dan ibu tunggal untuk pemilikan rumah kos rendah atau mampu milik.

Selama 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, mereka hanya lakukannya (tadbir) tanpa satu pelan induk yang kukuh. Mereka hanya teruskan dan ubah suai apa yang pernah kita (BN) rancang dahulu. Akan tetapi pengubahan yang dibuat bukan bertambah cantik tetapi menghancurkan.

Pentadbiran mereka yang tidak sistematik ini membuatkan Pulau Pinang di ambang kehancuran. Pembangunan di kawasan berkepadatan tinggi, bukit digondolkan dan masalah banjir, tidak pernah berlaku ketika BN memerintah.

Hasil kerakusan daripada DAP dalam mengejar keuntungan politik terus mengabaikan segalanya yang berkaitan dengan rakyat. Hasilnya rakyat banyak yang tidak dipedulikan serta kebajikan yang tidak terjaga.

Tercatat dalam sejarah Pulau Pinang dimana kejadian  kemusnahan  alam sekitar yang amat teruk  sehingga mendatangkan bencana kepada rakyat. Bencana banjir yang berpanjangan dan tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin DAP dalam usaha untuk mengatasinya.

Justeru itu , rakyat Pulau Pinang harus sedar bahawa setiap apa yang dikeluarkan dari mulut pemimpin DAP , semua itu adalah sebagai perangkap sahaja dan bukannya kemestian. Jangan  lah rakyat Pulau Pinang termasuk lubang untuk kali ketiga lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana