GST TIDAK AKAN DINAIKKAN SELEPAS PRU 14 – ZAHID HAMIDI...DAH BERAPA KALI NAK CAKAP LAH

BAGAN DATUK 18 April – Kerajaan memberi jaminan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil pendapatan negara yang diperoleh daripada GST pada kadar enam peratus sekarang iaitu lebih RM40 bilion mencukupi untuk menampung kos tadbir urus negara.

Ahmad Zahid berkata, pendapatan negara mencukupi untuk melaksanakan semua akujanji yang telah dibuat Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

“Kita telah hidu terdapat usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan rakyat kononnya selepas PRU-14 ada kenaikan GST. Saya ingin sebutkan sekali lagi bahawa perkara itu satu fitnah yang sengaja diadakan untuk merosakkan kepercayaan rakyat kepada BN dan pemimpin negara.

“Sepatutnya ia tidak diterima kerana bukan sahaja tiada asas malah tidak ada perancangan dari Kementerian Kewangan atau oleh Bank Negara sendiri untuk naikkan GST lebih daripada enam peratus. Ini kerana kita tahu bahawa pendapatan negara bukan sahaja mencukupi malah boleh menampung semua kos belanjawan yang ada,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau beberapa jeti nelayan di sekitar Jalan Tepi Sungai di sini hari ini.



– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana