DAP Sah Dah Giler Babi Sikap!!!!DAP buat hal lagi... jadikan pelaburan umat Islam isu politik

Ketika isu ini mula-mula dibangkitkan ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli dua tahun lalu, hampir 3000 pendeposit menutup akaun Tabung Haji mereka.

Kononnya tak mahu duit mereka digunakan untuk 'bailout' 1MDB???

Kali ini menjelang PRU14, fan page rasmi parti DAP memulakan 'serangan' baru dengan mengambil kesempatan daripada keadaan penyokong mereka yang kurang berpengetahuan untuk membangkitkan isu pelaburan Tabung Haji.

Berikutan itu, Lembaga Tabung Haji (TH) cepat-cepat keluar kenyataan, supaya nasib malang hampir 3000 pendeposit dulu tidak berulang kembali.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, Lembaga Tabung Haji mengingatkan pihak dan individu tertentu untuk berhenti daripada mensensasikan komen serta analisis tidak tepat berhubung pembelian tanah untuk pembangunan di Tun Razak Exchange (TRX) kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pembelian tanah TRX tersebut adalah satu transaksi komersial hartanah yang biasa dilakukan oleh pelbagai syarikat.

“Pembelian tanah di TRX oleh TH berdasarkan penilaian jangka masa panjang. Pembangunan bersepadu di TRX bakal menjadi sebuah Hab Kewangan Antarabangsa yang merangkumi konglomerat bisnes dan kewangan, serta pembangunan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.

"Kami yakin pembangunan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pasaran kerana ia akan dibina mengikut keperluan semasa selain dapat dijual dengan harga yang kompetitif di lokasi yang premium," katanya.

Tambah Johan,  pelaburan hartanah di TRX juga merupakan antara strategi peruntukkan aset TH yang menumpukan kepada pelaburan domestik serta meningkatkan pendedahan di dalam sektor hartanah yang strategik untuk menjana pendapatan berulang serta mengoptimumkan prestasi kumpulan.

Ia juga merupakan misi TH untuk memastikan kelangsungan dan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan.

"Hasil keuntungan daripada pembangunan yang akan dilaksanakan bakal memberi manfaat kepada lebih 9 juta pendeposit TH melalui  penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan haji di Tanah Suci secara percuma, subsidi haji, pengagihan hibah tahunan dan hibah haji," katanya.

Ujarnya lagi, pelaburan TH adalah salah satu isu yang kerap digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri dengan agenda tertentu.

Tanah pembelian TH seluas 1.56 ekar di lokasi premium tersebut diperolehi pada tahun 2015 dengan harga RM189 juta atau pada kadar RM2,774 satu kaki persegi.

Harga belian tersebut adalah di bawah nilai pasaran pada waktu itu  berbanding harga belian syarikat lain.

Nilai tanah TH di TRX kini telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 satu kaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2% berbanding harga belian menunjukkan peningkatan nilai pulangan yang baik dalam jangka masa singkat.

TH merancang untuk membangunkan tanah tersebut dengan  nilai pembangunan kasar projek yang dianggarkan berjumlah RM900 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana