CENDIAKAWAN AGAMA IKTIRAF BARISAN NASIONAL – DR ASYRAF WAJDI

PASIR PUTEH: Cendekiawan agama mengiktiraf Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang menyokong dan mendokong agama Islam di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, golongan agama dilihat tidak menentang dasar dibawa BN yang sentiasa berusaha memartabat institusi agama.

“Kita (BN) memberi pelbagai bantuan untuk memperkasa sekolah pondok dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di negara ini.

“Kerajaan Persekutuan tidak meletakkan sebarang syarat kepada mereka supaya menyokong BN, sebaliknya bantuan ini diberikan (ikhlas) selama tiga tahun berturut-turut kepada sekolah pondok dan sekolah agama yang berdaftar dengan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Penyampaian Cek Bantuan Sekolah Pondok dan SMAR Berdaftar 2018 Kelantan, di Tok Aman Bali Beach Resort, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Datuk Paimuzi Yahya dan Pengarah Bahagian Kemajuan Islam (BKI), Hakimah Mohd Yusoff.

Sebanyak 78 sekolah di Kelantan termasuk 38 sekolah pondok dan 40 SMAR menerima bantuan berjumlah lebih RM8.6 juta tahun ini.

Asyraf Wajdi berkata, bantuan itu diberikan kerana adanya kuasa politik oleh kerajaan yang tidak pernah menganaktirikan Kelantan dan institusi sekolah agama rakyat.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mementingkan pembangunan modal insan apabila aliran agama terus diperkasa dan dimartabatkan.

“Kita kerajaan yang adil dan tidak mempolitikkan aliran agama, sebaliknya kita jadikan pendidikan agama ini bebas daripada ideologi politik serta sebagai agenda perpaduan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana