Awas! Mahathir kalis sindiran dan cemuhan

Yang jelasnya, ada ramai pemimpin PKR yang masih menyimpan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun veteran politik itu sudah sebulat suara dipilih menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) 9 Mei depan.

Ramai yang segera ‘memulangkan paku buah keras’ sebaik sahaja melihat parti Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan sementara dan timbul idea menggunakan logo  Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU14 nanti.

Yang tidak dapat menyembunyikan rasa “gembira” dengan keputusan itu ialah Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang segera membuka buku sejarahnya untuk “mentertawakan” Dr Mahathir.

Pada pelancaran jentera PRU14, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan ada 'seseorang' yang meramalkan PKR tidak akan mampu bertahan lebih dari enam bulan dari waktu ia ditubuhkan pada 1998.

"Pada satu ketika dulu tiada ada siapa yang yakin parti ini boleh survive. Ada yang keluar kenyataan kata kita hanya boleh bertahan enam bulan.

“Dan orang yang menyatakan itu InsyaAllah akan menggunakan lambang PKR dalam PRU14," kata Azmin di hadapan kira-kira 3,000 anggota parti itu yang berhimpun di Kompleks Belia dan Sukan di Shah Alam ketika pelancaran jentera pilihanraya PKR awal bulan ini.

"Ini kejayaan yang telah kita capai. Tidak mudah bagi kita mencapai tahap ini," jelas beliau.

Walaupun Azmin tidak menyebut nama orang berkenaan, ia jelas merujuk kepada kenyataan Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad sebelum itu bahawa semua calon PPBM, DAP dan AMANAH akan bertanding di bawah logo PKR pada PRU14 ini.

Mahathir mengumumkan demikian sebagai reaksi terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mengeluarkan notis pembubaran sementara PPBM sekaligus menolak permohonan PH mendaftarkan gabungan itu sebagai satu pakatan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkongsi pengalaman beliau menyaksikan Mahathir memakai logo PKR pada bajunya dalam suatu majlis di Pasir Gudang, Johor.

"Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR.

"Kebetulan saya ada lencana PKR dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju. Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana PKR," kata Wan Azizah.

Tian Chua dalam ucapan beliau sebelumnya mengenang Parti Keadilan Nasional (nama PKR sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia) sebagai sebuah parti yang ditubuhkan 'di jalan raya' oleh mereka yang melawan ketidakadilan pada waktu itu.

"Beza dengan parti lain, PKR lahir dari jalan raya. Kita bukan daftar dengan RoS dulu kemudian masuk bertanding. Pemimpin kita berjuang, mereka dihina dan mereka ditindas," ucap Tian Chua.

Dunia politik Malaysia maklum orang yang menghina dan menindas PKR ketika (1999) adalah perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang kini bersekongkol dengan pembangkang untuk menamatkan riwayat UMNO yang menjadi asas kuasa Mahathir dahulu.

Azmin seolah bersorak gembira kerana ramalan Mahathir mengenai masa depan PKR kini terbukti salah dan kini terpaksa menelan egonya yang perlu mengenakan baju dan logo PKR untuk terus kekal relevan dalam politik.

Begitu juga dengan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dengan bangga meriwayatkan ‘kepuasannya’ menyaksikan Dr Mahathir akhir mahu bernaung di bawah logo PKR!

Mahathir kini adalah kuda tunggangan PKR, DAP dan juga Amanah yang dipimpin oleh Mohamad Sabu yang pernah beberapa kali ditahan beberapa kali. Ketika dahulu dianggap musuh pada keselamatan dan ketenteraman negara.

Strategi menggunakan hanya satu logo bagi kesemua empat parti dalam PH dianggap paling berkesan untuk mewujudkan sistem politik dua parti dan menghadkan pilihan rakyat kepada UMNO-BN atau PH dalam PRU14.

Bagaimanapun keputusan PAS yang berputus tahaluf siayasi dengan Pakatan Rakyat membuat keadaan politik semakin kompleks. Pertandingan tiga penjuru dilihat sukar dihindari. Parti mana yang akan mendapat manfaat dalam PRU kali ini, sukar ditentukan.

Ketua Whip PKR dalam Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dengan yakin menyatakan proses permohonan mendapatkan pengampunan di-raja bagi Anwar Ibrahim bagi mengecualikan iddah berpolitik selama lima tahun, mudah diadakan.

Kerajaan (Dr Mahathir) akan mempersembah petisyen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk merestui pengampunan penuh Anwar. Melalui  restu itu, pilihanraya kecil parlimen boleh diadakan bagi melorongkan Anwar menjadi perdana menteri.

Ketika itu sudah pasti PKR keseluruhannya akan gelak besar bagaimana Mahathir suatu ketika dahulu mencemoh parti itu boleh menjadi ‘budak suruhan’ untuk meyakinkan Seri Paduka Bsginda bahawa Anwar ialah calon terbaik menjadi perdana menteri Malaysia.

Soalnya adakah Mahathir bersedia untuk berbuat demikian? Bagi yang mengenali Mahathir tentu beliau tidak mungkin melakukannya kerana itu boleh mengkerdilkan egonya. Beliau pasti bertindak balas. Bagaimana caranya?

Mahathir ialah strategis politik ulung. Beliau kini menghitung hari untuk membuktikan bahawa PKR akan mengikut telunjuknya. Sindiran dan cemuhan politik yang mengejek-ejeknya pasti disematkan di hati. Tiba masanya dia pula akan terbahak-bahak berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana