ANGIN PERUBAHAN DI PERMATANG PAUH SEMAKIN TERASA – ISMAIL SABRI

BUKIT MERTAJAM: Angin perubahan di Permatang Pauh semakin dirasai apabila penduduk kawasan itu mula berasa pembangkang gagal membawa kemajuan sejak mewakilinya pada 1999.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak hampir 20 tahun lalu, didakwa gagal mendengar keluhan penduduk, sebaliknya hanya sibuk dengan isu nasional dan antarabangsa.

Akibatnya, beliau berkata, permasalahan penduduk gagal diselesaikan, malah mereka terpaksa mendapatkan bantuan Kerajaan Persekutuan yang terbukti prihatin dengan nasib rakyat.

“Angin perubahan di Permatang Pauh semakin terasa. Kita yakin penduduk sudah sedar bahawa di bawah Ahli Parlimen pembangkang, mereka tidak mendapat sebarang manfaat.

“Kita boleh lihat sendiri apabila infrastruktur asas seperti jalan kampung dan lampu, semuanya disediakan Kerajaan Pusat, ketika Ahli Parlimen pembangkang sibuk dengan urusan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Parlimen Permatang Pauh di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Ismail Sabri berkata, Ahli Parlimen kawasan itu dilihat lebih banyak membawa isu tiada kaitan dengan penduduk diwakilinya ke Dewan Rakyat.

“Suara penduduk Permatang Pauh sebenarnya tidak didengar di Parlimen. Ahli Parlimennya sibuk mewakili penduduk di luar kawasan ini dan lebih banyak bercakap mengenai isu tidak berkaitan.

“Saya yakin pertembungan tiga penjuru yang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mampu memberi kita peluang memenangi kembali Permatang Pauh,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana