“ANDA MAHUKAN REVOLUSI DI MALAYSIA? SAYA TIDAK.” – DR. TAN SENG GIAW

Tindakan DAP mengugurkan Naib Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong dan menamakan Lim Lip Eng sebagai calon baru kawasan berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan parti itu tidak mementingkan fakta dan kebenaran dan hanya mahu mencapai cita-cita untuk merampas kuasa di negara ini.

Seng Giaw yang juga Pengerusi DAP Selangor selama lima tahun pada 1982 hingga 1987 itu pernah menegaskan beliau tidak akan berundur dari kerusi Parlimen Kepong yang dimenanginya sejak 1982 dan tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Difahamkan, antara sebab utama Timbalan Pengerusi PAC tersebut digugurkan adalah kerana pendirian beliau sering dilihat tidak seiring dengan pemimpin DAP yang kuat menentang kerajaan. Namun sebab utama pengguguran Seng Giaw itu dipercayai ekoran kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan laporan PAC terhadap 1MDB tidak membabitkan Najib.

Sebagai contoh, semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Seng Giaw berhujah dengan professional dan tidak memikirkan kepentingan politik dalam setiap hujah yang diutarakan, justeru membangkitkan perasaan tidak puas hati pemimpin partinya yang beriya – iya mahu menumbangkan kerajaan dalam apa jua cara.

Seng Giaw telah menjawab beberapa soalan mengenai penggugurannya dan pandangannya terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Ikuti temu bual beliau:-

Mengenai 1MDB, mengapa begitu sukar bagi parti DAP untuk menerima penemuan anda?

Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak. Saya tidak fikir anda boleh adakan revolusi di Malaysia. Memandangkan anda tidak boleh adakan revolusi, maka anda perlu ada perjuangan yang damai, ini apa yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang. Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang tidak bersalah sehingga dia terbukti demikian oleh mahkamah Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali.

Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk melibatkan ia dengan orang lain dan menuduh seseorang bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian. Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu ada bukti, maka baru kita boleh buktikan.

Adakah anda fikir pendirian anda terhadap 1MDB telah menjejaskan peluang anda untuk mempertahankan kawasan anda?

Saya telah mendengar tentang perkara ini di media sosial, terutamanya oleh orang Mahathir, Matthias Chang. Pada masa ini, ramai yang memanggil saya ‘anjing yang lari’ (running dog), seorang pengkhianat dan juga menghina nenek moyang saya. Orang-orang di Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri. Masa akan menunjukkan siapa yang bercakap benar.

Apakah komen anda mengenai Tun Dr Mahathir yang mengetuai pembangkang?

Saya mempunyai pendapat peribadi saya apabila saya diberitahu untuk berjuang bersamanya. Kaedahnya mungkin telah berubah tetapi cara pemikirannya tetap sama. Pada usia 93 tahun, saya tidak pasti dia boleh mengubah cara pemikiran beliau. Cara-cara boleh berubah, dari berada di parti pemerintah bertukar menjadi pembangkang. Tetapi cara berfikir, saya tidak pasti. Budak yang berusia 10 tahun pun sukar untuk berubah, apatah lagi yang berusia 93 tahun. Jangan cuba beritahu sebaliknya. Saya seorang doktor. -TV14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana