Tanding Di Ayer Hitam : Bukan Sahaja Pakar Lari Kawasan, Dap Juga Khianat Rakan Pakatan


Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata Dap sudah mula mengkhianati persetujuan pembahagian kerusi PRU-14 di antara parti dalam Pakatan Harapan apabila mengumumkan kerusi Parlimen Ayer Hitam yang sepatutnya milik PAN, diberikan kepada Pengerusi Dap, Johor Liew Chin Tong.

Jelas beliau, tindakan Dap ini jelas membuktikan janji Dap hanya satu wayang politik dan demi kelangsungan parti sendiri, Dap sanggup menikam rakan sendiri.

“Sebenarnya perkara sebegini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN-11) adalah buktinya.

“Cuma kali ini kita nak tengok adakah parti gabungan dalam Pakatan Harapan akan terus berdiam sekiranya Dap terus bersikap dominan mengambil kerusi yang sepatutnya bukan milik Dap,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Azizi, tindakan Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng ini umpama mahu mengambil tindakan balas kepada Wee Ka Siong yang begitu agrasif membangkitkan persoalan mengenai skandal projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Tindakan Wee telah menyebabkan Guan Eng panas punggung, jadi Guan Eng mahu melihat Wee tewas di tangan Dap pada PRU-14 nanti.

“Demi memastikan dendam terbalas maka Guan Eng sanggup melanggar perjanjian yang telah dibuat,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sehingga kini Guan Eng juga masih belum berani untuk bersetuju untuk berdebat dengan We berkaitan isu torowong ini. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana