‘Serangan saat akhir’ PRU14…TPM arah polis bertindak segera

Kalau ada puak yang pasang niat nak main game ‘serangan saat akhir’ menjelang pilihanraya umum ke 14 kali ini buat kecoh dan sebar cerita bohong ada 40,000 pengundi hantu Bangla seperti pada pilihanraya umum ke 13...elok lupakan.

Kali ini pihak berkuasa sudah siap sedia untuk teropong dan bertindak cekup segera mana-mana pihak yang hendak gunapakai trick itu untuk cetuskan kekecohan dan kekeliruan di kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada Selasa telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cekup dalam tempoh 24 jam siapa saja yang membuat ‘surprise last minute attack’ secara kotor itu.

Beliau mengingatkan pihak berkuasa polis mempunyai senarai individu dan organisasi tersebut serta isu-isu yang boleh dijadikan senjata untuk tujuan jahat itu.

"Saya tahu ada pihak yang akan lakukan serangan itu, kita tahu siapa individu-individu itu, kami telah mengenal pasti blog mana yang akan menularkannya dan kami telah mengenal pasti isu-isu yang berpotensi digunakan sebagai 'last minute bomb'," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap pada majlis Turun Padang Timbalan Perdana Menteri bersama warga Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur Selasa.

Serentak dengan itu beliau meminta PDRM bersikap tegas tetapi adil dalam mengawal keamanan pada PRU14.

Zahid tidak mahu PDRM guna kekerasan termasuk gas pemedih mata atau water cannon kecuali jika keadaan amat memerlukan.

Timbalan Perdana Menteri berharap PRU14 pilihanraya yang paling aman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana