PEMBANGKANG CUBA BERI PERSEPSI BURUK TERHADAP GST KEPADA RAKYAT – PENGANALISIS

Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba untuk memberi persepsi buruk terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam manifesto mereka apabila mencadangkan agar cukai tersebut dihapuskan dan diganti dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Penganalisis yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Azmi Hassan berkata, ia secara tidak langsung memberi gambaran kepada rakyat bahawa GST adalah punca kepada kenaikan harga barang sekaligus menyebabkan kos sara hidup menjadi tinggi.

“Pembangkang cuba memberi persepsi bahawa GST itulah yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi, menyebabkan harga barang naik.

“Sebenarnya bukan kerana GST, ini adalah kerana peniaga – peniaga mengambil peluang daripada pengenalan cukai baharu oleh kerajaan untuk menaikkan harga barang, dan mencari jalan mudah untuk tidak membuat tuntutan semula GST kepada kerajaan kerana beberapa sebab, jadi mereka mengambil keputusan untuk menaikkan harga barang,” katanya semasa sesi temubual dalam program Xpress TV, semalam.

Jelasnya, peningkatan jumlah pendapatan kerajaan dari kutipan GST bukanlah disebabkan kenaikan harga barang, tetapi sebaliknya, ia disebabkan oleh sistem percukaian yang efektif berbanding pungutan hasil dari SST yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

Tambah Azmi, meskipun kerajaan atau pembangkang mahu mengembalikan sistem percukaian SST, harga barang tidak akan berubah, malah jumlah pendapatan yang bakal diperoleh dari SST jauh lebih rendah dari jumlah kutipan sekarang.

“Persepsi bahawa kos sara hidup tinggi kerana GST adalah salah. Ia boleh diklasifikasikan sebagai menyahguna fakta dengan memberi penjelasan yang salah kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana