Negara Bakal Mempunyai Perkhidmatan Tram Seperti Kota London

Memang menjadi impian setiap rakyat negara maju untuk menikmati kemudahan insfrastruktor yang baik bagi menghadapi kehidupan harian mereka, terutama di bandar-bandar besar, Kuala Lumpur juga tidak berkecuali, malahan penduduk di pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya juga mempunyai impian yang sama.

Rakyat Malaysia boleh dikatakan baik kerana mempunyai sebuah agensi kerajaan yang bersungguh dan komited membangunkan insfrastruktor pengangkutan awam darat seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di ujudkan bagi membantu kerajaan membangunkan sistem pengangkutan awam negara.

Sahingga kini pelbagai pembangunan dan menambah baik sistem yang sedia ada telah berjaya dilakukan demi kemudahan penguna pengangkutan awam, baik pengangkutan teksi, bas dan pengangkutan rel, ia sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan kesesakan yang serius serta mengurangkan pencemaran alam melalui pelepasan karbon dari asap kenderaan.

Kini bagi khususnya penduduk bandar Putrajaya serta yang berhampiran dengannya akan dapat menikmati satu lagi kemudahan pembangunan pengangkutan awam apabila kerajaan Barisan Nasional melalui SPAD sedang dalam perancangan untuk membina sistem perkhidmatan awam tram.

Perkhidmatan ini akan meliputi kawasan Putrajaya, Kajang, Bangi dan Cyberjaya yang mengcangkupi mencecah sahingga 53 kilometer yang akan berhubung kait dengan perkhidmatan sedia ada seperti perkhidmatan transit aliran massa (MRT) dan perkhidmatan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Perancangan pembinaan tram yang menyerupai perkhidmatan tram seperti di kota London, Hong Kong dan Australia adalah bertujuan memberi kemudahan untuk memudahkan pergerakan penduduk disekitar yang terbabit dan semestinya dapat mengatasi masalah kepadatan trafik di kawasan berkenaan.

Cadangan untuk membina pengangkutan tram ini boleh dikatakan amat sesuai dengan keadaan masa kini dimana rakyat mahu satu pergerakan pengangkutan awam yang pantas, lancar dan selesa serta yang paling utama ialah perbelanjaan yang murah dari segi caj perkhidmatan dan tambang.


Ketua Pegawai Eksekutif SPAD,
Mohd. Azharuddin Mat Sah

Sahingga kini pihak SPAD seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah bahawa SPAD telah melakukan kajian terhadap jaringan dan kawasan mana yang perlu mereka sediakan perkhidmatan ini dan SPAD juga sedang dalam proses mempelajari sistem yang diguna pakai oleh negara Eropah dan Asia yang telah menggunakan sistem tram ini.

InsyaAllah dengan penyusunan rapi dan kajian mendalam Malaysia akan memiliki sistem perkhidmatan tram, seperti mana yang terdapat di negara besar dan maju di dunia seperti London dan Australia, semoga impian SPAD dan kerajaan Barisan Nasional yang mahu memajukan pengangkutan awam darat akan terpacai bagi tujuan kemudahan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana