Mazlan Aliman direman lima hari...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Jalan Duta membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Menurut peguam Mazlan, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, pemimpin Amanah itu akan ditahan selama lima hari sehingga 25 Mac ini.

Beliau berkata Mazlan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas Mazlan berhubung video di Facebook sebelum ini.

"Beliau dibawa dari Ibu Pejabat Polis Derah Kulai, Johor dan tiba di mahkamah 3.30 petang tadi, dan selepas mendapat kebenaran reman, Mazlan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang,” katanya.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya untuk kesalahan memfitnah.

Sementara Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya untuk kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mazlan ditahan polis malam tadi, ekoran didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Susulan itu, Rosmah membuat laporan polis terhadap Mazlan, selepas ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwanya terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon yang gagal dilaksanakan selepas memakan belanja berjuta ringgit oleh Felda.

Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu yang turut menangkap beberapa pegawai Felda.

Mazlan dalam sebuah program ceramah pada bulan ini mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM bahawa projek itu mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak, di mana isteri beliau Rosmah menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana