Manifesto PAS juga tawar hapus GST, lupus hutang PTPTN...Habis Nak meraih undi belaka

CYBERJAYA: Gagasan Sejahtera (Gagasan) malam tadi mengumumkan manifesto mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang merangkumi sembilan Teras, Tawaran Utama dan Tawaran Khas. 
 
Manifesto yang bertemakan "Malaysia Sejahtera" berkenaan dilancarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Syarahan Perdana yang diadakan di Astana Banquet Hall, Cyberjaya. 
 
Pengumuman yang dibuat Abdul Hadi itu juga menyentuh 9 teras utama yang menjadi dasar manifesto Gagasan. 
 
Menyifatkan manifesto ditawarkan sebagai satu tawaran realistik, Gagasan mensasarkan kumpulan sasaran dalam bentuk polisi dan solusi yang mampu menyelesaikan masalah bebanan rakyat dalam
jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.
 
Sementara itu, antara 20 tawaran utama yang ditawarkan gagasan itu, menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursah Saham Malaysia.
 
Selain, berhasrat melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada, dan memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan. 
 
Gagasan juga menjanjikan untuk melaksanakan penstrukturan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
 
Manifesto berkenaan juga terkandung perkara memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Al Din, selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. 
 
Mainfesto ini adalah lanjutan daripada dokumen rasmi yang dihasilkan oleh anggota komponen Gagasan seperti Deklarasi Kongres Rakyat, Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).
 
Gagasan merupakan gabungan politik yang dianggotai PAS, Ikatan, BERJASA, serta lebih 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan NGI. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana