Mais gantung sementara tauliah Ahmad Dusuki...Kerana Menegur Kerajaan Selangor Ker?

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini secara rasmi mengantung pentauliahan mengajar kepada Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkuatkuasa serta merta.

Penggantungan sementara itu dilakukan bagi siasatan dijalankan berhubung aduan dan laporan media berkaitan doa yang dibacanya sempena sambutan 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri itu pada malam Sabtu.

Dalam kandungan surat yang menjadi tular sejak petang tadi menyebut pengantungan itu dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana Ahmad Dusuki melanggar suatu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor ) Tahun 2008 Pindaan 2015.

Ahmad Dusuki digantung daripada mengajar agama Islam atau apa-apa perkara berkenaan agama Islam di dalam Negeri Selangor yang dikuatkuasakan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiraan Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2015.

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais Mohd Shahzihan Ahmad.

Terdahulu media melaporkan doa kontroversi Ahmad Dusuki yang antara lain disebut dalam doanya: “Kami memohon untuk mengadu pada kamu ya Allah betapa lamanya bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak cara agama ya Allah” pada Program Munajat dan Ceramah Pas Selangor pada Sabtu lalu di Shah Alam.

Malah doa Ahmad Dusuki itu juga ada meminta agar dibuka hati kepimpinan Selangor untuk mengembalikan peruntukan kepada para wakil rakyatnya di negeri itu selain memohon Allah menghancur dan melemahkan ‘pakatan jahat’ yang akan dihadapi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Beri peluang kami melihat keadilan Islam dan indahnya agama kamu di bumi bertuah ini… bertapa ada kalangan Adun kami disekat perbelanjaan mereka dan peruntukan mereka, pada kamu kami mohon buka hati mereka dan layaknya kamu membalas.

“Jemaah ini dikhianati mereka yang melarikan kerusi kami ya Allah… tidakkah kamu menyebut dalam kata-kata kamu doa mereka yang dizalimi tidak akan ditolak, kami pohon segala pakatan mereka rancang dihancur lebur.

“Jadikan pakatan yang jahat itu pakatan-pakatan yang tidak mempunyai kekuatan sejauh mana kamu dah lebur tentera ahzab demikian kami akan hadapi nanti,” demikian doa yang dibacakan Ahamd Dusuki.

Susulan itu, timbul pertikaian siapakah 'pakatan jahat' yang disebutkan Ahmad Dusuki.

Sementara itu turut dilaporkan Gabungan Badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis ekoran doa itu.

Sebanyak 10 NGO Islam itu mempersoalkan kandungan doa tersebut yang disiarkan secara langsung melalui Facebook PAS Selangor itu turut mempertikai kedudukan Sultan dan institusi Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana