Mahathir bimbang penyokong Anwar tidak mengundinya....Tahu Lah Nasib Kau Madey

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir Mohamed  masih lagi was-was kerana bimbang tidak mendapat sokongan daripada penyokong  Anwar Ibrahim angkara tindakannya `melemparkan' penasihat PKR itu ke dalam penjara.

Maka tidak hairan kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan dalam Malaysiakini semalam bahawa kalau undi dia (Tun M)  ibarat undi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini disuara ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman ketika  mengulas isu ini selepas merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Dato Yahya Subban Chenderong Balai pada Jumaat.

Katanya mantan Perdana Menteri itu membuat dakwaan itu kerana risau penyokong  Anwar Ibrahim tidak akan mengundinya.

``Dia takut...dia masih lagi was-was  ..itu perbuatan dia terhadap Anwar Ibrahim  dahulu tu masih lagi ...orang kata tidak boleh dilupakan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

``Mereka tuduh Tun Mahathirlah yang mencampakkan  Anwar ke dalam jel...yang memalukan Anwar seluruh dunia...yang mengaibkan Anwar siapa?.. siapa yang mengaibkan?... Mahathirlah....dia kata Anwar itulah ...inilah ..bawa ke mahkamah dengan katilnya ...siapa yang suruh itu...Mahathirlah.

``Jadi  orang orang Anwar sejak daripada tahun itu1998 mereka tak boleh lupa walaupun sekarang ini Mahathir seolah-olah bersatu dengan PKR dalam satu Pakatan Harapan tetapi akar umbi pemimpin pemimpin PKR orang  yang menyokong Anwar mungkin tidak boleh terima.

``Jadi apa cara dia untuk mendapatkan sokongan daripada penyokong-penyokong Anwar ini...dia terpaksa kata bahawa sekarang ni dia nak bela Anwar...dia nak bela Anwar undi yang dia dapat nanti akan pergi kepada Anwar dengan memberikan kekuatan kepada Anwar dan memberi masa depan kepada Anwar..ni strategi dia.

``Tapi tak semudah itupun ..lepas dia kerjakan Anwar begitu teruk...teruk bukan sebarangan terlunyai ..lunyai Anwar itu dia buatnya ..terlunyai baru nak dianukan balik macam mana...baru nak diperbetulkan balik sudah patah riuk dah kawan tu,'' katanya dengan sinis dan berseloroh.

Ditanya mengenai harapan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan BN Perak menang selesa dan bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, Tajudin berkata, beliau menyokong kenyataan itu kerana dengan beroleh kemenangan bergaya dan besar kerajaan yang ditubuhkan nanti tidak boleh diganggu gugat oleh pihak pembangkang.

``Memang kita nak kemenangan ya ng bergaya...kemenangan besar...menang sikit sebagaimana PM cakap tu ia akan menyebabkan kita nanti ...pembangkang akan ganggu gugat kerajaan kita, pentadbiran kita.

``Kita tidak mahu satu kerajaan selepas pilihanraya ini diganggu-ganggu lagi pasal apa? kita banyak benda kita nak buat...banyak program ba nyak perancangan ...kita dah ada cara  baru, kaedah baru, strategi baru, polisi baru yang telahpun disebut oleh PM yang akan diperkenalkan selepas pilihan raya ini untuk terus memacu ekonomi negara, membangunkan rakyat .

``Jadi kita tidak mahu nanti pihak pembangkang pihak mana mana akan sentiasa cuba mengganggu gugat...jadi banyak masa macam masa pilihanraya 13 sampai sekarang macam-macam kita nak buat dia kacau.

``Jadi banyak tenaga..banyak masa terbuang begitu..so lepas pilihan raya ni kalau boleh kita nak fokus kepada agenda perjuangan parti dan kerajaan kita,'' ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana