LARI DARI KAWASAN ADALAH TRADISI BUAT DAP...INI KALILAH DAP AKAN KENA TAPAU BEBB

Belum sempat sejuk berita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan ‘berubah angin’ bertanding di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang, timbul lagi berita yang sama semalam.

Kali ini, ia melibatkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dikhabarkan akan bertanding di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berpandangan, inilah ‘tradisi turun-temurun’ DAP yang menjadi amalan mereka sejak dahulu demi memastikan hayat politik calon-calon mereka terus bernyawa selama mungkin.

Menurutnya, calon yang suka ‘lari’ ini tidak berjaya berkhidmat dengan baik di kawasan masing-masing, jadi sebelum mereka ‘dihukum’, baik mereka beredar segera.

“Mereka cuba membaca pemikiran politik pengundi Cina. Mereka fikir pengundi Cina akan pangkah mana-mana sahaja calon yang membawa logo DAP, sebab itu mereka berani tukar kawasan dengan kerap.

“Namun mereka terlupa, pemikiran politik pengundi Cina sangat pragmatik. Apa yang pengundi Cina mahu kali ini adalah kearifan tempatan, calon yang mampu memahami masalah tempatan dan keperluan masyarakat setempat.

“Mereka terperangkap dalam permainan politik mereka sendiri. Semasa berkempen mereka beri bermacam-macam janji tetapi setelah menang, tidak berjaya untuk lunaskan semua. Maka sebagai jalan pintas, mereka lari ke kawasan lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas tentang fenomena ‘lari kawasan’ yang dikatakan sebagai tradisi dalam kem DAP, Tuan Tat berkata, amalan ini merupakan warisan daripada permainan ‘politik sarkas’ Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Kit Siang sendiri suka bertukar-tukar kawasan. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Kita lihat kali ini sama ada ‘magic trick’ mereka ini berkesan atau tidak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana