Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad

SHAH ALAM: PAS sepatutnya tidak perlu bersusah-payah membuat manifesto memandangkan parti itu tidak berminat untuk menang pilihan raya, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Pemimpin PAS sebelum ini pernah berkata partinya menyertai pilihan raya bukan untuk menang semata-mata namun lebih daripada itu, mereka mahu menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

"Saya tidak tahu kenapa mereka (PAS) sibuk mahu buat manifesto sedangkan mereka sendiri pun tidak sibuk mahu tubuhkan kerajaan," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung manifesto parti yang pernah dianutinya itu.

PAS menerusi Gagasan Sejahtera (GAGASAN) semalam mengumumkan melancarkan manifesto mereka dalam satu dalam Majlis Syarahan Perdana yang diadakan di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

Antara 20 tawaran utama dalam manifesto PAS adalah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

Selain itu, PAS berhasrat melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada dan memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan.

GAGASAN juga menjanjikan untuk melaksanakan penstrukturan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.

Manifesto berkenaan juga terkandung perkara memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Al Din, selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana