Kenapa Azmin pertikai PAS mengadu pada Allah, Sultan ? - Sallehen

SHAH ALAM: Mengapa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus mempertikaikan tindakan PAS mengadu kepada Allah SWT dan Sultan Selangor ?

Itu respon Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terhadap Menteri Besar Selangor bersabit sekatan dana kerajaan negeri membabitkan 13 ADUNnya di negeri berkenaan.

Terdahulu Azmin dilaporkan berkata 'PAS Selangor hanya mengadu pada Allah dan Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya'.

"Apa masalah dia nak persoal kita nak mengadu kepada Allah, kepada Tuanku (Sultan Selangor). Kita maklumkan sahaja supaya Tuanku tahu hal yang sebenarnya, tidak hanya dengar cerita daripada dia (Azmin) sahaja.

"Ikut suka kitalah kita nak mengadu pada Allah, kalau dia kata dia tidak mahu mengadu pada Allah, terpulang kepadanya.

"Memang kita selalu mengadu pada Allah, nama pun kita sebagai hamba Allah, apa yang dia nak persoalkan kita nak mengadu kepada Allah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sallehen berkata pihaknya sudah memberikan masa yang secukupnya kepada Azmin sebelum bertindak menulis surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

ADUN Sabak itu juga sudah menyampaikan hasratnya kepada Azmin untuk berjumpa dengan menteri besar itu bagi menyelesaikan kemelut itu namun tidak dilayan.

Beliau berkali-kali menegaskan jika Azmin terus menahan dana itu rakyat yang akan menjadi mangsa secara langsung dan bukannya ADUN PAS.

"PAS tidak mahu mengadu dan merayu kerana sekarang ini Azmin sedang berperang dengan rakyat sebenarnya, yang ditindas sekarang ini, yang dinafikan (hak) sekarang ini ialah majoriti pengundi Melayu.

"Dalam DUN saya pengundi Melayu sahaja ada lebih 80 peratus, di Sungai Besar majoriti pengundi Melayu, di Sungai Tawar lebih 90 peratus pengundi Melayu, tapi Sekinchan DAP boleh pulak dapat (peruntukan), apa masalahnya?

"Masalahnya sebab dia marah dengan PAS, jiwa dia sedang berkecamuk untuk menghadapi pilihan raya jadi saya rasa itulah, masalah jiwa dia sedang berkecamuk.

"Dia pun tahu dia tidak boleh jadi menteri mesar walaupun dia menang apatah lagi soal nak menghadapi pilihan raya dengan tiga penjuru dan sebagainya," katanya lagi.

Kemelut sekatan dana wakil rakyat di Selangor hanya melibatkan ADUN PAS.

Azmin pada mulanya menafikan dana itu disekat tetapi hanya masalah teknikal.

Namun menghampiri penghujung Mac, dana itu masih gagal diperolehi ADUN PAS meskipun sudah berkali-kali mereka membuat tuntutan di pejabat daerah masing-masing.

Natijahnya, kesemua ADUN PAS negeri itu terpaksa menggunakan wang peribadi bagi melaksanakan kerja-kerja mesra rakyat di kawasan masing-masing.

Sehingga kini, lebih RM700,000 wang peribadi didahulukan ADUN PAS demi untuk rakyat, beritahu Sallehen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana