Isu 1MDB…layan dan saman pembangkang hanya buang masa …-Arul Kanda

Kalau ada yang fikir pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merasa tergugat dengan segala tomahan berterusan dari pihak pembangkang dan sewaktu dengannya…sila dengar sendiri apa kata CEOnya Arul Kanda Kandasamy.

Beliau antara lain menyifatkan tindakan menyaman pihak pembangkang hanya akan membuang masa dan mengelirukan rakyat dengan fitnah dan informasi yang tidak benar.

"Banyak tindakan telah diambil ke atas mereka yang membuat fitnah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengeluarkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua kerana mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang disaman oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atas fitnah yang dikeluarkannya berkaitan 1MDB.

"Itulah sebabnya, pada saya, kalau nak sebut pasal bab fitnah dan saman orang, kalau kita saman yang menang siapa? Peguam. Peguam juga yang kaya tetapi apa yang lebih penting kepada saya ialah membuktikan kepada mereka (pembangkang) bahawa kita boleh selesaikan segala isu berkaitan 1MDB ini," katanya.

Arul Kanda menyatakan demikian ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB di Johor Bharu Isnin malam.

Beliau sebaliknya mahu kejayaan 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Baginya kedua-dua projek itu sekali gus menafikan segala tohmahan yang sering dilontarkan oleh pembangkang terhadap syarikat berkenaan selama ini.

Menurut Arul Kanda, masyarakat juga boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa.

"Itu yang saya mahu tunjukkan. Walau apa pun fitnah pembangkang, syarikat 1MDB ini tidak bangkrap, masih berupaya membayar hutangnya, syarikat ini masih membangunkan aset-aset yang kita ada dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh pembangkang sendiri dan ini jauh lebih baik daripada membuat saman fitnah kepada pembangkang.

"Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Berhad, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi," katanya.

Menurutnya, IMDB juga membelanjakan RM3 bilion bagi pembinaan infrastruktur di sekeliling TRX seperti pasar baharu untuk peniaga, dan pembinaan jalan terus ke lebuh raya utama seperti Terowong SMART, lebuh raya Maju (MEX) dan lebuh raya DUKE.

Kata Arul Kanda, nilai aset milik 1MDB ketika ini juga sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, dengan majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan.

Pembangkang menggunakan masalah perniagaan yang dihadapi 1MDB sebelum ini sebagai modal utama untuk memburukkan-burukkan kerajaan, katanya.

"Pembangkang mengaitkan Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB sebagai orang yang bertanggungjawab dalam segala perkara yang berlaku berkaitan 1MDB, sedangkan pada hakikatnya jawatan berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah undang-undang dan Akta Syarikat.

"Mereka (pembangkang) sangat suka berkata 'sue me' atau 'samanlah saya' tetapi apabila mereka disaman, mereka akan gunakan pelbagai alasan seperti peguam mereka sakit, dokumen mereka tidak ada, dan macam-macam alasan untuk melambatkan perbicaraan," katanya.

Beliau berkata ini termasuklah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sengaja berhelah dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.

"Tapi, kalau kita saman dia, apa yang dia cakap? Saya dah penat, saya tak tahu, orang lain habaq pada saya, saya ikut cakap orang saja, orang lain boleh cakap macam tu saya pun ikut saja. Inilah jawapan yang beliau berikan baru-baru ini dalam perbicaraan RCI," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana