DAP Umum Berjaya `Kuasai’ FELDA Dengan Bantuan Tun M...Hanya Melayu BODOH SAja Ikut Kata Madey Ini

KUALA LUMPUR – DAP Pahang mengumumkan parti itu telah berjaya menembusi kawasan FELDA dan mempengaruhi masyarakatnya dengan bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut pemimpin DAP Pahang, Wong Tack, DAP selama ini sangat sukar menembusi kawasan FELDA yang majoritinya orang Melayu bagi mempengaruhi mereka menyokong DAP.

Kata beliau, kehadiran ribuan warga FELDA Gunung Besout dalam ceramah pembangkang pada minggu lalu menunjukkan bahawa warga FELDA telah bangkit menolak UMNO.

“Lumrahnya FELDA merupakan kubu UMNO dan sukar ditembusi oleh pembangkang mana-mana pun.

“Namun sejak penubuhan Pakatan Harapan yang merangkumi penyertaan Mahathir, pimpinan pembangkang bukan sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan FELDA, malah telah berjaya mewujudkan gelombang tsunami FELDA,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wong Tack mendakwa, UMNO kini gentar dengan sokongan warga FELDA terhadap pembangkang dan menyalahgunakan pihak polis untuk menahan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Dakwaan beliau itu bagaimanapun tidak berasas kerana polis menahan Mazlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) bagi membantu siasatan kes fitnah keatas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan polis beruhubung fitnah itu dibuat oleh isteri Perdana Menteri menerusi peguamnya, Noor Hajran Mohd. Noor di IPD Sentul, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Mazlan secara terang menuduh Rosmah terbabit dalam projek penternakan ikan Sturgeon menerusi video yang dimuat naik pada 7 Mac lalu.

Noor Hajran dipetik berkata, tuduhan Mazlan yang kononnya berdasarkan maklumat pegawai Felda itu adalah satu tuduhan dan fitnah jahat tanpa bukti serta asas kukuh. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana