Bolehkah Tun M Dipercayai?

Tun Mahathir sebelum ini beriya-iya tuduh RoS berat sebelah la, agen kerajaan la, sengaja nak lengahkan pendaftaran PPBM la. Macam-macam dia label RoS.

Tapi dengan tak semena-mena, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang buka pekung mengatakan parti itu tak mampu nak sediakan dua daripada sembilan tuntutan yang dikehendaki RoS bagi membolehkannya bertanding pada PRU14.

Dua tuntutan itu ialah membabitkan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangannya. Haaa, ni apa cerita? Pengerusi parti sibuk tuduh RoS macam-macam, kemudian Presidennya pula buka aib parti sendiri.

Sekarang nak percaya yang mana satu? Itulah, ibarat kata pepatah, bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru. Kalau hal parti pun Tun temberang, rasa-rasanya isu lain apatah lagi, khususnya bab burukkan negara di media asing. Patut tak kita percaya kaki temberang dan kaki U-turn macam Tun?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana