BN Mampu Selesai Masalah Tanah Adat Orang Asli

GUA MUSANG – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan proses mewartakan tanah adat Orang Asli jika diberi mandat memerintah negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-14.
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata selagi Kelantan di bawah pemerintahan PAS maka selama itulah masalah tanah adat kaum tersebut berlarutan.

“Masyarakat itu bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang hingga mengancam kehidupan masa depan mereka dan kerajaan negeri pula masih berdegil tidak mahu mewartakan tanah adat yang dituntut oleh kaum tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Lah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pertimbangan yang adil dalam isu tanah adat Orang Asli kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kita (BN) akan meneliti perkara itu (tanah adat) jika dapat mandat memerintah negeri Kelantan selepas PRU14 nanti termasuk menimbang hak milik kepada individu kaum itu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan pusat sentiasa memberi perhatian terhadap permasalahan Orang Asli dan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek pembangunan sebagaimana yang mereka nikmati sekarang ini. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana