Azmin Diminta Bertenang, Jangan Terus Menggelabah

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihati supaya bawa bertenang dan tidak berterusan menggelabah dalam kemelut bekalan air di Selangor.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pendedahan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang tentang air di Selangor berdasarkan fakta.

“Sepatutnya pendedahan tersebut dijadikan sebagai teguran untuk kerajaan Selangor memperbaiki dan menguruskan air dengan lebih baik.

“Kenyataan balas Mohamed Azmin tidak langsung menjelaskan tentang simpanan air terawat sebaliknya menjelaskan tentang simpanan air di empangan.

“Rakyat Selangor bukannya meminta air tadahan hujan atau dari empangan, tetapi air yang dirawat dan selamat untuk digunakan,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Azmin ketika berucap pada Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam menyatakan mahu mencampak Zaini ke dalam empangan sebagai hendak membuktikan air di Selangor adalah cukup.

Azmin berang apabila Zaini mendedahkan margin simpanan air di Selangor pada kadar sifar, sedangkan dakwa Azmin air di empangan Selangor adalah banyak maka Selangor tiada isu air.

Menjelaskan perkara itu, Zaini memberitahu margin simpanan air bukan bermaksud empangan mempunyai air atau tidak, sebaliknya merujuk kepada kadar bekalan air yang boleh disalurkan jika terdapat kawasan mengalami gangguan.

“Nampaknya pemahaman Menteri Besar Selangor telah jauh menyimpang. Mungkin lebih baik jika beliau tidak menjawab jika tidak tahu dan bukannya beremosi sampai hendak humban Ketua Setiausaha KETTHA ke dalam empangan,” kata Irmohizam.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL